DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 5:50 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Fiberglass

Gemukkan moto anda
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Gemukkan moto anda

Assalamualaikum dan selamat tghari adik2 Very Happy Very Happy Very Happy

Dalam ruangan kerastangan kali ini, abg rimau akan tunjukkan cara2 utk menggemukkan moto adik2. Mula2, cuba tengok gambar moto nih



Nampak tak cowling dia kecut? Dari windscreen, bukak sikit, ada side mirror. Pastu kecut, ada signal, pastu kembung balik. Tengok dari tepi pulak



Bahagian yang tulis EX tu kecut. Cuba tengok dari belakang.



Nampak kan? Tak hensem laaa... macam orang tak cukup makan.

Oleh itu.... dalam rancangan kerastangan bersama abg rimau kali ini, abg akan tunjukkan cara2 utk menggemukkan cowling moto adik2 Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:13 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Pertama2 sekali, terima kasih kat abg nuaq_nsr rr yang hensem lagi bergaya kerana telah sudi membantu dalam membuat mold. abg nuaq_nsr rr telah menunjukkan cara2 membuat mold dengan menggunakan net mata punai. Bukan besi yer, yang plastik punya.

Memula, kita tekapkan net mata punai kat cowling asal, pastu potong mengikut bentuk yang dikehendaki dan lekatkan dengan menggunakan masking tape.





Lekat elok2 supaya net mata punai tak melantun keluar dari bentuk cowling. Guna double sided tape kat sebelah dalam pon bagus utk membantu agar net mata punai melekat dengan cowling asal.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:19 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Bila mold dah siap, boleh la kita membuat persediaan utk memfiber. Pertama2 sekali, potong fiberglass mat mengikut bahagian yang kita akan fiberkan nanti.

Utk cover bahagian yang besar/luas, potong besar2. Utk cover bahagian ujung2/bucu atau bahagian kecil, potong kecil2. Sayugia diingatkan bahawa fiberglass mat yang dibeli kat Berjaya Bintang Timur, Cheras yang ditimbang kilo teramat besar saiznya. Bukan sahaja bole dibuat selimut bahkan cadar. Silap2, nak buat kelambu pon bole.



Yang selambak tu adalah sebyk 3 kilo fiberglass mat.

Potongan kecil dan besar



Utk memudahkan kerja2 memfiber, adalah digalakkan agar setiap kepingan dibelah dua. Ingat, BELAH DUA , bukan potong dua yer... Belah dua kasi nipis. Bila nipis, senang sket nak lengkung2kan dia
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:24 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Mold dah siap, fiberglass mat dah potong, baru pikir pasal resin dan hardener. Semasa potong fiberglass mat jgn main potong jer. Rancang awal2 kat mana nak letak setiap kepingan.

Sekarang, kita campurkan resin dan hardener. Setiap kali bancuh, pastikan tak melebihi setengah cawan. Bukan aper... benda alah ni bila dah campur, dia akan menjadi gel dalam 5 - 10 minit. Pastu akan mula mengeras. Kalau campur byk2, takut tak sempat nak tampal dah beku resin dalam gelas. Rugi wooo... mahal natang ni...

Utk setengah gelas resin, masukkan hardener dalam 10 titisan. Ingat, 10 TITISAN , bukan 10 gelas. Jgn terlampau byk, takut nanti resin terlampau cepat menjadi gel. Jgn tak sampai 10 titis pulak. Nanti resin tak keras2 walaupun orang yang pegi Mekah dah balik semula ke Malaysia.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:30 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Setelah resin bercampur hardener, kita cuma mempunyai masa antara 5 je 10 minit utk menyusun fiberglass mat yang telah dipotong dan menyapu resin.

Langkah awal dalam proses susun dan lekat ni adalah buat kat bahagian yang rata dan/atau luas terlebih dahulu. Elakkan dari mendekati bucu/segi dan/atau lekuk/lengkungan.

Dalam kes cowling nih, abg rimau buat bahagian tepi dan depan dulu.





Tengok betul2 yer adik2... bahagian atas (depan cowling) dan bawah (sisi cowling) tidak bercantum kerana terdapat lekuk/lengkungan. Fiberglass mat jugak tidak mendekati kawasan berdekatan dengan bucu/segi
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:34 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Pastu, buat bahagian "dagu" cowling. Ini adalah lengkungan yang bole kita hadapi terlebih dahulu sbb ia agak senang.




_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:37 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Barang diingatkan sekali lagi bahawa fiberglass mat yang kita beli tu adalah keras. Kalau potong pastu terus nak lekat, gerenti ia akan "menegang" kembali. Sebab tu kita belah dua supaya ia kurang "menegang" dan resin boleh menekan fiberglass mat dengan baik.

Bila dah selesai, kita buat analisa bahagian yang mempunyai lekuk/lengkungan/lipatan. Tengok berapa byk ruang yang belum difiberkan. Pastu potong fiberglass mat pastikan kita rancang kat mana nak letak.

Sebelah kanan cowling





Sebelah kiri cowling





Sebelah kanan setelah ditampal



Sebelah kiri setelah ditampal



Bila kita tengok dari atas (depan), nampaklah bahawa bahagian2 terpisah telah bercantum


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:43 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Yer adik2.... sekarang kita buat pulak bahagian bucu/segi cowling. Masih lagi mengulangi langkah awal tadi, potong mat dan belah dua, pastu rancang bahagian yang akan dilekatkan.



Dah tu, sapu resin yang telah dicampur hardener...



Dah siap semua, letakkan tengah2 panas dan biarkan selama 1-2 jam utk resin mengering.

Oklah adik2... nanti abg rimau sambung lagi. Buat masa sekarang, abg rimau nak mandi dan pegi solat dulu. Ingat yer adik2, walau apa pon yang kita buat, tanggungjawab kita terhadap diri sendiri dan agama jgn diabaikan Wink

Jumpa lagi di hari dan waktu yang sama kejap lagi, lepas mandi dan solat Smile
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Jul 09, 2007 1:49 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Selamat bertemu kembali dalam rancangan kerastangan bersama abg rimau Very Happy Very Happy Very Happy

Tak sempat update cerita ptg semalam sbb lepas siap semua, pegi makan + tgk wayang kat One Utama. Cerita Alone Very Happy

Okeh, bila produk dah mengeras, kita tonggengkan produk pada kedudukan lain pulak utk memfiber bahagian bucu/segi yang masih belum difiberkan.

Sebelah kanan cowling



Setengah jam kemudian, sambung sebelah kiri cowling pulak



Biarkan kering selama lebih kurang sejam. Bila dah betul2 kering, tandakan garisan potong.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Jul 10, 2007 10:07 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Setelah garisan potong ditandakan, bolehlah produk dipisahkan dari mold....

Tips dari bro TZMito a.k.a coldfusionpower:
Sapukan wax keta pada mold sebelum menyapu resin. Ini akan memudahkan proses menanggalkan produk dari mold.

Itu dia adik2 Very Happy abg rimau telah mencuba petua ini dan Alhamdulillah, mmg produk mudah ditanggalkan dan masking tape tidak melekat pada permukaan dalam produk.

Terima kasih bro TZMito a.k.a coldfusionpower Very Happy Very Happy Very Happy

Beginilah hasilnya Smile



Kendian, buang net mata punai dari cowling asal utk melihat perbezaan rupa antara yang asal dan produk yang telah dibuat tadi.

Cowling asal



Produk


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Jul 10, 2007 10:14 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com