DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 4:00 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Elektrik/Elektronik

Insulation tape (tape itam tuuu): Jgn percaya sgt
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Insulation tape (tape itam tuuu): Jgn percaya sgt

Assalamualaikum dan Selamat Pagi DIY

Pagi ni merupakan pagi yang mencemaskan. Apa perasaan anda sekiranya di suatu pagi yang dingin dan anda sedang memanaskan enjin moto, tiba2.... keluar asap dari bawah seat dan anda terbau sesuatu sedang terbakar?

Wuih! Dalam kepala otak aku, nak meletup ka moto aku nih? Cepat2 off enjin dan cabut kunci pastu bukak seat. Takdak apa2 pon... Mungkin kena start enjin kot...

Aku pon start enjin balik. Tengok2 tadak apa2 pon. Rev enjin bagi kuat tengok.... rupa2nya...

Astaghfirullahalazim...... wayar kat rectifier tgh terbakar bak ubat nyamuk. Setelah diamati, bahagian terbakar tu adalah kawasan yang berbalut insulation tape.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jul 11, 2007 10:30 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dulu rectifier aku pernah terbakaq. Pomen kedai ganti dengan rectifier second hand. Sbb tu ada sambung2 wayar. Setelah difikir2kan, aku rasa.... insulation tape tu takleh digunakan pada bahagian yang menyalurkan arus yang terlampau kuat.

Voltan yang dijana oleh altenator adalah sebanyak 60VAC. Arus yang tinggi mungkin menyebabkan insulation tape cair dan pecah dari balutan. Ini bermakna, walau tebal macamana sekalipun balutan insulation tape, masih ada kebarangkalian yang ia akan cair dan terbakar.

Oleh itu.... dengan izin Allah, aku teringatkan kata2 seorang apek tokey kedai.

"Ini wayar hor, 240V punyaaa... ini utk rumah punya... lu pakai ini wayar hor, apa barang pon bole pakai punyaaa..."

Alaaa... wayar utk soket 3 pin tu, yang kaler ijau, coklat ngan biru.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jul 11, 2007 10:36 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Aku pon amek wayar biru dari wayar utk soket 3 pin tuh. Ada lebihan dari yang aku guna utk eksperimen sblm nih. Potong sikit, belah dua dan buang jalinan kuprum kat dalam.

Pastu aku buang insulation tape yang membalut wayar rectifier aku tuh. Aku lilit bahagian wayar yang terdedah tu dengan wayar biru tadi. Pastu aku balut semula ngan insulation tape.

Tadi start enjin dan bawak moto pegi test. Alhamdulillah, nampak gaya takde apa2 masalah. Aku akan update sekiranya ada apa2 perubahan yang berlaku. Buat masa sekarang, mudah2an penebat dari wayar 240VAC tu bole menampung haba dari arus yang keluar dari altenator, 60VAC.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jul 11, 2007 10:40 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
xpthrone
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 149
Location: gopeng, perak

wah... nasib baik tak terbakor... Shocked

insulation tape/black tape/wire tape ni memang tak berape tahan untuk
amp tinggi...

pilihan lain yang ade ialah shrink tube...

Post Wed Jul 11, 2007 11:26 am 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Perjalanan dari Sg. Buloh ke Putrajaya lancar. Tadak masalah kebocoran elektrik. Aku rasa cam nak pakai soket jer kat bahagian yang bersambung tuh.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jul 11, 2007 4:38 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dari forum SBM

Keterangan bro NoX mengenai masalah yang berlaku

quote:
Originally posted by NoX:

hemmm.... camna nak cerita ah...

Bila wayar di sambung melalui pintal... akan berlaku beberapa masaalah:

1. Oxidation (karat cakap kampung) ini boleh meningkatkan rintangan jadi kalau rintangan ada di joint bila current lalu power loss berlaku di situ, lebih banyak rintangan lebih banyak powerloss berbentuk haba, lama lama hangus.

2. Loose joint - ini berlaku sekiranya ada gegaran pada joint (pintal) jadi sikit demi sikit akan berbentuk loose joint, ini akan mengundang arching/sparking dan ada juga akan bertambahkan rintangan dan akan terhasil powerloss macam di atas tadi.

3. Path flow,, pintal walau apa pon tak sebaik crimp atau soldering.

Kalau solder - item 1 ~ 2 akan di kurangkan dan path flow current akan penuh, jadi rintangan kurang - hatta tak lah berasap.

Paling elok,, kalau boleh guna crimp,, cuma crimp yg elok alatnya mahal jadi... kalau boleh solder itu adalah yg terbaik buat situasi begini.

Lepas solder,,, guna insulation tape selalu tiada hal, melainkan current melalui circuit sudah melebihi design dia.

NoX.



Aku punya reply kat forum SBM

quote:
Originally posted by harimaumalaya:

itu macam.... mekasih mekasih mekasih laughing7.gif laughing7.gif laughing7.gif

bro NoX, setelah diamati, mmg ada kesan oxidation. Setelah insulation tape yang terbakar tu dibuang, saya tgk ada seketul benda keras warna biru melekat kat wire. Kat body moto tpt wayar tersebut diikat dengan cable tie pon ada jugak tompokan warna biru. Mungkin dari proses resapan pepejal dengan pepejal kot (asas kimia tingkatan 5 laughing4.gif )

Wayar yang bawak 60VAC masuk ke rectifier mmg panas. Kalau pegang sekejap pon dah rasa cam suam2 gitu. Rectifier lagi la panas. Macam ikan goreng baru angkat dari kuali. Letak 3 saat dah tak tahan (tak tau la kot2 tangan I ni lembut awwww Love%21%21.gif )

Pagi semalam, nak cepat dan nak guna apa yang ada kat umah pada masa tu. So, seutas wayar dari kabel utk plug 3 pin jadi mangsa. Looks good till now.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Fri Jul 13, 2007 10:13 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
adioz88



Joined: 24 Jan 2007
Posts: 41
Location: Kedah

tape yang balut kabel pluq moto saya pun mudah cair..
tensen pulak

Post Sun Aug 05, 2007 8:49 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
xpthrone
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 149
Location: gopeng, perak

quote:
Originally posted by adioz88:
tape yang balut kabel pluq moto saya pun mudah cair..
tensen pulak


tukar je baru... kalau dah bocor, nanti api tembak kat enjin...

tengah laju, tetibe je anjin mati...
aku penah kene dulu...

Post Mon Aug 06, 2007 11:48 am 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
DoubleS



Joined: 19 Mar 2007
Posts: 45
Location: Alor Star

Baru-baru ni saya ke kedai elektronik, saja-saja tengok barang. Ternampak satu barang bentuk mcm straw. Ada kaler itam, merah, biru dan kuning.

Ooo itu rupanya utk kegunaan membalut wire. Tak perlu guna tape lagi. Masukkan tiub ini dan panaskan. Dia akan mengecut. Sesuai utk diguna dibhg wire yg bersambung. Tokey kedai cakap tahan suhu panas. Harga tiub itam tu 50sen, tapi kala yg kaler RYB tu mahal sikit (tak tanya pulak berapa harga). Adat la dunia benda yg itam-itam ni murah sikit....

Selain tu saya juga beli soket/pin utk sambung wire (selalu jumpa pin ni dlm perkakas elektrik). Komplet setnya ialah pin tembaga dan sarung plastik. Cara guna kepitkan wire kat pin tembaga dan masukkan pin tu dlm sarung getah. Harga pin tu 50sen dan getah tu 40sen. Beli banyak lagi murah. Boleh buat spare dlm toolbox tu. Jgn kasi toolbox tu kosong jer.... Apa barang toolbox tapi kosong....
_________________

Post Tue Oct 02, 2007 11:05 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
racingzonne



Joined: 04 Feb 2007
Posts: 15
Location: seberang perai, penang

quote:
Originally posted by DoubleS:
Baru-baru ni saya ke kedai elektronik, saja-saja tengok barang. Ternampak satu barang bentuk mcm straw. Ada kaler itam, merah, biru dan kuning.

Ooo itu rupanya utk kegunaan membalut wire. Tak perlu guna tape lagi. Masukkan tiub ini dan panaskan. Dia akan mengecut. Sesuai utk diguna dibhg wire yg bersambung. Tokey kedai cakap tahan suhu panas. Harga tiub itam tu 50sen, tapi kala yg kaler RYB tu mahal sikit (tak tanya pulak berapa harga). Adat la dunia benda yg itam-itam ni murah sikit....

Selain tu saya juga beli soket/pin utk sambung wire (selalu jumpa pin ni dlm perkakas elektrik). Komplet setnya ialah pin tembaga dan sarung plastik. Cara guna kepitkan wire kat pin tembaga dan masukkan pin tu dlm sarung getah. Harga pin tu 50sen dan getah tu 40sen. Beli banyak lagi murah. Boleh buat spare dlm toolbox tu. Jgn kasi toolbox tu kosong jer.... Apa barang toolbox tapi kosong....

benda tu bukan ke shrink tube a.k.a soft tube ak.a thumper?

Post Thu Jan 24, 2008 10:44 pm 
 View user's profile Send private message Send e-mail  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com