DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 4:00 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Elektrik/Elektronik

Guna LED sebagai lampu isyarat
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Guna LED sebagai lampu isyarat

Tolong cerita langkah demi langkah camner nak buat ;D ;D ;D

Post Thu Jan 18, 2007 5:11 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara

Okeh.. setelah berjaya meminjam kamera dari Adioz88, aku akhirnya berjaya jugak menyiapkan dokumentari bertajuk "LED untuk Signal & Running Light bagi ZXR250 / ZX2R" . Kamera aku telah dipinjam oleh rakan & kamera yg ada ni, takda fungsi Macro.. so, apa yg ada shj lah..

Note: DIY ini boleh menjimatkan battery anda di samping menambah nilai aesthetic hehe..
Note: Boleh sesangat diaplikasikan keatas Motosikal lain.. no prob. cuma tukar sikit rekabentuk.
Note: Kaedah utk mengira keperluan perintang bagi jumlah LED & volt yg berlainan sila rujuk : http://led.linear1.org/led.wiz Copyright ©2004 Rob 'linear' Arnold
_________________
~ rotary bike anyone? ~


Last edited by milo on Sun Jan 21, 2007 2:17 pm; edited 1 time in total

Post Sun Jan 21, 2007 1:44 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
001

Part 01 - Signal L.E.D.

AlatanČ & bahanČ asas..


Veroboard, LED clear-orange, perintang yg bersesuaian, pelbagai jenis penyambung, suis, wayar (not shown).
Tips : Nak lagi cantik, gunakan LED yg sama jenis, sama Brand, sama mA.. sbb LED ni bentuk seakan-akan sama.. tapi x serupa.


Signal yg telah dicabur keluar, Glue Gun (optional), pateri, timah pateri (not shown)


Gam silicone (optional), pisau


Sumi Tube @ Heat Shrink Tube

Note: AlatanČ lain akan diberitahu dr semasa ke semasa..
_________________
~ rotary bike anyone? ~


Last edited by milo on Sun Jan 21, 2007 5:04 pm; edited 5 times in total

Post Sun Jan 21, 2007 1:53 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
002

Hasil yang akan diperoleh adalah seperti berikut :




Kalau jadi kurang/lebih mcm ni pun dah ok.. Kalau LEBIH BAIK, lagi bagus.. maklumlah.. saya ni budak Civil-Mechanical.. hehe Electronic ni blaja mase skolah dulu je.. Kemahiran Hidop.
_________________
~ rotary bike anyone? ~


Last edited by milo on Sun Jan 21, 2007 3:00 pm; edited 1 time in total

Post Sun Jan 21, 2007 1:57 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
003


Ukur Veroboard supaya besar sedikit daripada saiz ruang Signal Housing. Lepas tu, boleh lah trim supaya masuk muat-muat dlm housing tu..
Tips: Untuk projek yg saya buat ni, Penanda A,B,C.. berada dlm keadaan TEGAK manakala Penanda 1,5,10 (number) berada dlm keadaan melintang.
Supaya, jalur tembaga berada dlm keadaan melintang.



Potong veroboard tadi menggunakan pisau atau apaČ alatan yang
bersesuaian..

Tips: Potong kat lubang no. 16, then bahagi 2. Dapatlah 2
bahagian utk 2 signal..
dapat lah 2 keping.. utk 2 signal

_________________
~ rotary bike anyone? ~


Last edited by milo on Sun Jan 21, 2007 3:01 pm; edited 1 time in total

Post Sun Jan 21, 2007 2:16 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
004


Image Copyright ©2004 Rob 'linear' Arnold

Susun 9 LED diatas veroboard untuk SIGNAL seperti ini..
Untuk RUNNING LIGHT pula, gunakan 3 LED dan susun di sebelah 9 LED tadi..

Tips: Kalau kurang jelas, rujuk semula gambar sebelum ini .. So, total LED : 9 (signal) + 3 (running light) = 12 LED.
Tips: Lagi 3 LED tu buat je mcm dlm gambar tu, amik sumber letrik
dari punca yg sama.. -ve pun sama jugak

_________________
~ rotary bike anyone? ~


Last edited by milo on Sun Jan 21, 2007 3:20 pm; edited 1 time in total

Post Sun Jan 21, 2007 2:34 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
005


Solder kesemua 12 LED dan perintang berdasarkan perkiraan yang
telah dibuat tadi.. Pastikan setiap siri litar berada dalam keadaan
menegak (atas ke bawah), bukan melintang ye tuanČ puanČ..


Note: Kaki LED +ve dan -ve disambung dengan hanya menyimpulkan
sahaja kedua-duanya.. hehe. Apa yg boleh simpul, simpul kan je.
Takyah solder. Solder ni cukup syarat nak 'hold' kan LED / perintang
tu je.. sbb lama kelamaan, solder ni boleh tercabut jugak..



Pisahkan 'bahagian' untuk Running Light dan 'bahagian' untuk
Signal.. kalo tak pisah satgi, 12 bijik LED la running light korang.. hehe.

Tips: bahagian negative (-ve) tu takyah pisah pon takpa.
Yang itu depa boleh share.. hehe..

Note: Utk 9 LED signal ni, jenis sambungan secara automatik
akan jadi Sesiri-Selari / Parallel-Serial.. Ape yg bes? adela.. hehe.

_________________
~ rotary bike anyone? ~

Post Sun Jan 21, 2007 2:56 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
006


Setelah ruang dalam Signal Housing di kosongkan, maksudnya
buang semua benda termasuk bulb socket, bulb, semua..

Tinggalkan wayar yang sedia ada sahaja,
sambungkan wayar kuning (+ve) utk SIGNAL ke wayar (+ve) sedia ada..

kalo original +ve ni kaler Grey..
Wayar (-ve) pula (orange) sambungkan ke wayar Black-Yellow atau ke body moto..
sbb semua punca (-ve) dok kat body motor.


Note: Utk wayar Running Light, solderkan satu wayar kuning (+ve) sepanjang 1 kaki
dan masukkan wayar tersebut mengikut laluan
wayar-wayar lain yg sedia ada..
JANGAN SAMBUNGKAN LAGI WAYAR UTK RUNNING LIGHT INI.. BIARKAN SAHAJA DAHULU.
Wayar (-ve) running light pula berkongsi
dengan (-ve) utk Signal..

Tips: Lubang utk wayar mmg TAK muat.. so, gunakan solder gun utk
buat satu lubang kat sebelah laluan wayar Original.. kalau guna drill
pun ok. tapi solder gun ni lagi senang..



Menebuk lubang bagi laluan wayar tambahan menggunakan Solder Gun..
_________________
~ rotary bike anyone? ~

Post Sun Jan 21, 2007 3:51 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara
007

Setelah Wayar kuning (+ve) utk Signal disambungkan ke wayar (+ve)
yang asal & wayar (-ve) juga disambungkan ke (-ve) yang asal, cuba ON kan signal anda.
Disini saya menggunakan signal Belakang-Kanan.

Hasil yang akan diperoleh adalah seperti demikian:




Tips: Jika SEMUA LED atau lebih dari 9 LED yang menyala,
bermakna anda belum betulČ 'pisahkan' litar diantara Running Light & Signal..
Sila pisahkan litar tersebut dan TINGGALKAN (-ve) yang paling hujung sahaja yang
bersambung.. (-ve) paling hujung boleh share.


-SEKIAN SAHAJA PART 01-
_________________
~ rotary bike anyone? ~

Post Sun Jan 21, 2007 4:53 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tabik spring laaa ayaq melo aih Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Mmg berbakat unggul Very Happy

Nak tanya sikit, hang tebuk veroboard utk pisahkan running light ngan signal pakai apa ha? Selalu aku toreh pakai pisau la. Tapi leceh. Ada cara short cut dak?

Post Sun Jan 21, 2007 7:30 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com