DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 7:12 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Fiberglass

Fiberglass 101: Asas fiberglass
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Fiberglass 101: Asas fiberglass

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kursus asas fiberglass anjuran IKM (Institut Kemahiran Malaya Very Happy ) selama 2 hari 2 malam telah diadakan pada 14 Dis. 2007 hingga 16 Dis. 2007 di bengkel DIY Damansara Damai. Kursus yang disertai oleh seramai seorang pelajar UiTM Kelantan itu telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun menghadapi kesulitan dari segi pengurusan masa.

Berikut adalah jadual kursus yang telah ditetapkan oleh Fakulti Kejuruteraan Fiberglass

Bengkel Fiberglass 2 Hari 2 Malam - Dis. 14 - 16, 2007

Aturcara majlis
Jumaat, Dis. 14, 2007 : Night 1
2000 : Bukak bengkel fiber lepas balik keje. Mula buat mold pakai polisterene. Tak tidoq selagi tak siap mold
2300 : Mold dijangka siap dan bole tutup bengkel. Mandi, solat Isyak

Sabtu, Dis. 15, 2007 : Day 1
0800 : Breakfast kat Mahbub
0900 : Pi kedai hardware, beli peralatan utk bermain fiberglass
1000 : Mula memfiber mold yang dibuat mlm tadi
1230 : Rehat, mandi, pi lunch
1330 : Solat Zohor
1400 : Sambung fiber
1600 : Gosok round 1
1730 : Rehat, mandi & solat Asar
1830 : Makan malam

Sabtu, Dis. 15, 2007 : Night 2
2000 : Bukak bengkel lepas solat Maghrib. Gosok round 2
2200 : Dijangka puaih ati dengan finishing kasar. Bole tutup bengkel, mandi & solat Isyak

Ahad, Dis. 16, 2007 : Day 2
0800 : Breakfast kat Mahbub
0900 : Buat finishing pakai fiberglass repair
1030 : Gosok round 3
1200 : Dijangka puaih ati dengan finishing. Tenyeh sikit2 bagi cun
1300 : Rehat, mandi & lunch
1330 : solat zuhur
1400 : Buat bracket & try pasang
1700 : Bracket siap dan produk dapat dipasang. Berenti rehat dan solat Asar
1730 : Spray cat ikut warna yang dikehendaki
1830 : Siap cat dan bole biar cat kering. Berenti rehat, tutup bengkel, solat Maghrib & dinner.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 1:47 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Akan tetapi.... ini yang sebenarnya berlaku...

Jumaat, 14 Disember, 2007
Pejabat tutup 2-3 hari dan aku bercuti free. So, aku keluaq jalan2 ngan wife aku. Sekitar jam 7 mlm, aku SMS kat peserta kursus meminta dia SMS kat aku kalau dah sampai. Namun peserta terbabit kata dia akan sampai lambat... Akibatnya...

2100 : GSC One Utama, The Golden Compass
2300 : Movie abih. Aku pon balik. Peserta kursus dah menunggu di Mahbub
2330 : Lepak kat Mahbub sampai pukoi 2 pagi

Sabtu, 15 Disember, 2007
Aku tidoq lepaih solat Subuh

1230 : Makan kat Mahbub
1330 : Peserta kursus ajak aku pi cari lampu pulaaaaakkkk.... Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad
1430 : Sampai kat Jalan Pasar. Ronda kedai elektrik dan aksesori keta
1600 : Bertolak balik setelah berjaya membeli lampu
1700 : Sampai di Damai. Solat Asar
1730 : Mula buat mold
1830 : Student asyik ajak aku pi makan. Aku tak bagi berenti rehat selagi mold tak siap
1900 : Bersiap2 utk solat Maghrib
1930 : Sambung buat mold sikit2
2030 : Tak tahan, dah lapaq... keluaq pi makan pulak
2230 : Punya lah lama makan.... balik sambung buat mold...

Aku tidoq pukoi 12. Peserta kursus tidoq pukoi berapa ntah... aku pon taktau

Ahad, 16 Disember, 2007
0900 : Breakfast kat Mahbub
1000 : Mula memfiber. Aku punya student nih byk betoi dia punya makan. Pegang fiber, nak makan. Pegang resin, nak makan. Ntah bila nak siap dia punya projek daa...
1230 : Berenti rehat
1300 : Bersiap2 utk solat
1400 : Aik? Aku ingatkan nak suruh buat finishing. Sekali student ponteng kelas daaa.... terpaksa extend next semester utk kelas finishing. Dia kata nak buat sendiri. Takpa. Kita tgk dia punya finishing. Kalau elok, kita bagi dia grad. Kalau tak elok, kita bagi dia fail paper nih. Suruh repeat next semester Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:00 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 1: Asas menggunakan grinder

Grinder adalah alat yang digunakan utk memotong, mengasah, mengikir dan membuat bising dalam apartmen. Alat ini berputar pada kelajuan 11,000 RPM. Oleh itu, bbrp langkah keselamatan perlu diambil.

1) Pastikan mata yang digunakan adalah sesuai
2) Pastikan penghadang keselamatan grinder diketatkan
3) Pastikan mata yang digunakan diketatkan dengan baik
4) Pakailah sarung tangan
5) Pakailah penutup hidung utk mengelakkan daripada terhidu debu
6) Pakailah kacamata/goggle utk mengelakkan daripada terkena serpihan
7) Sentiasa menghalakan mata grinder kearah luar

Dalam kursus ini, kita akan memotong bahagian cover seat utk motor en. rahim. Katanya "Bahagian berbonggol ini terlalu tinggi. Ia menyebabkan rintangan angin yang besar dan moto tidak dapat lumba menang orang di hi-way"

Jadi, kita akan buang bonggol unta cover seat motor en. rahim. Memula, tandakan garisan potong. Kendian, hidupkan grinder dan mula memotong. Sila ikuti video berikut

http://www.youtube.com/watch?v=VIakuyUqpkA

<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/VIakuyUqpkA"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/VIakuyUqpkA" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object>
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:10 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 2: Buat mold

Dalam kes ini, kita akan menggunakan konsep tetulang dan kulit (istilah ni aku pakai sendiri. Bukan rujukan dari mana2 Laughing ) Memula, potong sebatang polisterene dan jadikan tulang. Kendian, gunakan net sebagai kulit



Che Awe Donde membuat Wau Bule



Seterusnya, balut kulit tersebut dengan masking tape (sedikit kad manila digunakan utk extension)


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:17 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

haaaiiiihhhh... baru pegang sikit, daaahhh nak makan... camner nak siap keje nih? Ok lah, makan la dulu.

Ani Sup Utara, Tok Yem's Streetmall, Damansara Damai


Steamboat/Yong Tau Fu pon ala


Ahli Panel Peperiksaan sedang dirasuah supaya meluluskan kertas exam fiberglass


Semua orang makan satu mangkuk nasi, dia tibai sampai dua... Ni lepaih ni ntah balik nak sambung keje ke nak tidoq nih...


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:22 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

ooo.... student yang rajin... lepas makan sambung keje Laughing Laughing Laughing Buat la ngko sensorang, Aku nak tidoq dah


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:23 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 3: Proses memfiber

Langkah keselamatan:
1) Pakai sarungtangan getah yang tebal
2) Pakai penutup hidung
3) Buat kerja2 fiber di ruangan terbuka dan keadaan pengudaraan yang baik

Wap resin dan hardener adalah beracun. Pastikan anda melakukan aktiviti ini dalam ruangan terbuka dan keadaan pengudaraan yang baik

Langkah memfiber:
1) Sapukan wax kenderaan pada keseluruhan permukaan mold. Ini penting supaya produk dapat dipisahkan daripada mold dengan mudah
2) Potong fiberglass mat mengikut saiz yang bersesuaian dengan produk yang hendak dihasilkan. Dalam kes ini, kita potong mat kepada kepingan 20cm x 10cm
3) Tuangkan 1/2 cawan resin kedalam cawan plastik atau cawan kertas. Jgn sekali2 menggunakan cawan polisterene kerana resin akan bertindakbalas dengan polisterene ibarat asid.
4) Masukkan hardener sebanyak 1-2ml. Kalau terlebih, resin akan cepat menjadi gel dan mengeras. Kalau terkurang, resin akan lambat mengeras atau silap2 langsung tak mengeras dan menggagalkan projek. Oleh itu, pastikan sukatan anda sesuai
5) Kacau hingga sebati dan mulakan kerja2 memfiber
6) Sapukan campuran resin & hardener keatas mold
7) Letakkan mat keatas lapisan resin tadi
8 ) Sapukan campuran resin & hardener keatas mat dengan rata. Pastikan mat basah sepenuhnya
9) Ulang langkah (3) hingga (8 ) sehingga semua permukaan mold telah ditutup dengan fiberglass

Pastikan kepingan kedua bertindih dengan kepingan pertama sebanyak +-1cm dan begitulah seterusnya hingga abih semua kepingan

Jgn sekali2 bancuh resin & hardener byk2 semata2 kerana nak buat semua sekaligus. Konpom projek anda hancus




Ikuti video ini

http://www.youtube.com/watch?v=fh1XYB0Lkw4

<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/fh1XYB0Lkw4"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/fh1XYB0Lkw4" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object>
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Tue Dec 18, 2007 3:00 am; edited 2 times in total

Post Tue Dec 18, 2007 2:35 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 4: Pisahkan produk dari mold & trim

Fiberglass memerlukan masa selama sejam utk mengeras dan 24 jam utk tindakbalas resin + hardener + fiber selesai dengan sempurna. Namun, jangkamasa sejam sudah cukup utk kita memulakan proses seterusnya

1) Tandakan garisan potong utk membuang lebihan
2) Pisahkan produk dari mold
3) Potong/trim dengan menggunakan grinder atau kertas pasir

Video lagi

http://www.youtube.com/watch?v=hEBGrISc1pE

<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/hEBGrISc1pE"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/hEBGrISc1pE" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object>
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:43 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 5: Trim dan fit pada produk yang ingin dicantumkan

Ejas dengan menggunakan grinder atau kertas pasir


Ejas sampai buleh masuk cantek2


Video lagi Very Happy

http://www.youtube.com/watch?v=DiE99EdIH_A

<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/DiE99EdIH_A"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/DiE99EdIH_A" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object>
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:46 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Fiberglass 101, Chapter 6: Cantumkan

1) Memula. lekatkan kedua2 bahagian dengan masking tape atau apa2 tape pada permukaan sebelah luar
2) Lakukan proses memfiber pada sebelah dalam
3) Biar kering dan keras



Ikuti video ini

http://www.youtube.com/watch?v=zNHf8u50mGc

<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/zNHf8u50mGc"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/zNHf8u50mGc" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object>
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Dec 18, 2007 2:52 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com