|
|
The time now is Sat May 18, 2024 7:39 pm |
|
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
Author
|
Thread |
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
|
Fiberglass 101: Asas fiberglass
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kursus asas fiberglass anjuran IKM (Institut Kemahiran Malaya ) selama 2 hari 2 malam telah diadakan pada 14 Dis. 2007 hingga 16 Dis. 2007 di bengkel DIY Damansara Damai. Kursus yang disertai oleh seramai seorang pelajar UiTM Kelantan itu telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun menghadapi kesulitan dari segi pengurusan masa.
Berikut adalah jadual kursus yang telah ditetapkan oleh Fakulti Kejuruteraan Fiberglass
Bengkel Fiberglass 2 Hari 2 Malam - Dis. 14 - 16, 2007
Aturcara majlis
Jumaat, Dis. 14, 2007 : Night 1
2000 : Bukak bengkel fiber lepas balik keje. Mula buat mold pakai polisterene. Tak tidoq selagi tak siap mold
2300 : Mold dijangka siap dan bole tutup bengkel. Mandi, solat Isyak
Sabtu, Dis. 15, 2007 : Day 1
0800 : Breakfast kat Mahbub
0900 : Pi kedai hardware, beli peralatan utk bermain fiberglass
1000 : Mula memfiber mold yang dibuat mlm tadi
1230 : Rehat, mandi, pi lunch
1330 : Solat Zohor
1400 : Sambung fiber
1600 : Gosok round 1
1730 : Rehat, mandi & solat Asar
1830 : Makan malam
Sabtu, Dis. 15, 2007 : Night 2
2000 : Bukak bengkel lepas solat Maghrib. Gosok round 2
2200 : Dijangka puaih ati dengan finishing kasar. Bole tutup bengkel, mandi & solat Isyak
Ahad, Dis. 16, 2007 : Day 2
0800 : Breakfast kat Mahbub
0900 : Buat finishing pakai fiberglass repair
1030 : Gosok round 3
1200 : Dijangka puaih ati dengan finishing. Tenyeh sikit2 bagi cun
1300 : Rehat, mandi & lunch
1330 : solat zuhur
1400 : Buat bracket & try pasang
1700 : Bracket siap dan produk dapat dipasang. Berenti rehat dan solat Asar
1730 : Spray cat ikut warna yang dikehendaki
1830 : Siap cat dan bole biar cat kering. Berenti rehat, tutup bengkel, solat Maghrib & dinner. _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
|
Tue Dec 18, 2007 1:47 am |
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
|
Akan tetapi.... ini yang sebenarnya berlaku...
Jumaat, 14 Disember, 2007
Pejabat tutup 2-3 hari dan aku bercuti free. So, aku keluaq jalan2 ngan wife aku. Sekitar jam 7 mlm, aku SMS kat peserta kursus meminta dia SMS kat aku kalau dah sampai. Namun peserta terbabit kata dia akan sampai lambat... Akibatnya...
2100 : GSC One Utama, The Golden Compass
2300 : Movie abih. Aku pon balik. Peserta kursus dah menunggu di Mahbub
2330 : Lepak kat Mahbub sampai pukoi 2 pagi
Sabtu, 15 Disember, 2007
Aku tidoq lepaih solat Subuh
1230 : Makan kat Mahbub
1330 : Peserta kursus ajak aku pi cari lampu pulaaaaakkkk....
1430 : Sampai kat Jalan Pasar. Ronda kedai elektrik dan aksesori keta
1600 : Bertolak balik setelah berjaya membeli lampu
1700 : Sampai di Damai. Solat Asar
1730 : Mula buat mold
1830 : Student asyik ajak aku pi makan. Aku tak bagi berenti rehat selagi mold tak siap
1900 : Bersiap2 utk solat Maghrib
1930 : Sambung buat mold sikit2
2030 : Tak tahan, dah lapaq... keluaq pi makan pulak
2230 : Punya lah lama makan.... balik sambung buat mold...
Aku tidoq pukoi 12. Peserta kursus tidoq pukoi berapa ntah... aku pon taktau
Ahad, 16 Disember, 2007
0900 : Breakfast kat Mahbub
1000 : Mula memfiber. Aku punya student nih byk betoi dia punya makan. Pegang fiber, nak makan. Pegang resin, nak makan. Ntah bila nak siap dia punya projek daa...
1230 : Berenti rehat
1300 : Bersiap2 utk solat
1400 : Aik? Aku ingatkan nak suruh buat finishing. Sekali student ponteng kelas daaa.... terpaksa extend next semester utk kelas finishing. Dia kata nak buat sendiri. Takpa. Kita tgk dia punya finishing. Kalau elok, kita bagi dia grad. Kalau tak elok, kita bagi dia fail paper nih. Suruh repeat next semester _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
|
Tue Dec 18, 2007 2:00 am |
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
|
Fiberglass 101, Chapter 1: Asas menggunakan grinder
Grinder adalah alat yang digunakan utk memotong, mengasah, mengikir dan membuat bising dalam apartmen. Alat ini berputar pada kelajuan 11,000 RPM. Oleh itu, bbrp langkah keselamatan perlu diambil.
1) Pastikan mata yang digunakan adalah sesuai
2) Pastikan penghadang keselamatan grinder diketatkan
3) Pastikan mata yang digunakan diketatkan dengan baik
4) Pakailah sarung tangan
5) Pakailah penutup hidung utk mengelakkan daripada terhidu debu
6) Pakailah kacamata/goggle utk mengelakkan daripada terkena serpihan
7) Sentiasa menghalakan mata grinder kearah luar
Dalam kursus ini, kita akan memotong bahagian cover seat utk motor en. rahim. Katanya "Bahagian berbonggol ini terlalu tinggi. Ia menyebabkan rintangan angin yang besar dan moto tidak dapat lumba menang orang di hi-way"
Jadi, kita akan buang bonggol unta cover seat motor en. rahim. Memula, tandakan garisan potong. Kendian, hidupkan grinder dan mula memotong. Sila ikuti video berikut
http://www.youtube.com/watch?v=VIakuyUqpkA
<object width="425" height="350"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/VIakuyUqpkA"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/VIakuyUqpkA" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350"></embed></object> _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
|
Tue Dec 18, 2007 2:10 am |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|