DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 3:03 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Laporan aktiviti

Laporan: Cuti-cuti Siam - Koh Lanta
Goto page 1, 2, 3 ... 12, 13, 14  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Laporan: Cuti-cuti Siam - Koh Lanta

Assalamualaikum, sawaddee kap Very Happy Very Happy Very Happy

Seperti yang dirancangkan, aku ngan MDeen bertolak ke Siam pada Sabtu, 8 Mac. 2008. Kami nak lepak sana sampai Rabu, 12 Mac, 2008. Tapi disebabkan masalah teknikal, kami extend sampai Jumaat, 14 Mac. 2008.

Kira ok gak extend tuh sbb buleh releks. Kalau tak extend, balik Rabu paihtu nak reja ari Khamis, mau pengsan di toilet opis Laughing Laughing Laughing

Gambaq tgh upload. Sila sabar diri...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Mon Mar 17, 2008 5:24 pm; edited 1 time in total

Post Mon Mar 17, 2008 12:26 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

DAY 01: Sabtu, 8 Mac. 2008

Aku terlewat lagi... kesian bro Mdeen tunggu aku kat R&R Rawang.

0830 : Sampai R&R Rawang. Buleh terjumpa pulak ngan kaneda ngan daeim, kedua2nya dari forum *toot*. Tapi, kat dalam internet is internet... kat luar ni kita friendship wakakwakwakwkawkakwakwakwkawkawkakwaawww

Aku tak mengaitkan masalah aku ngan orang tertentu lam *toot* dengan ahli2nya yg tak bersalah dan tak terlibat. So, aku tetap berkawan dan menerima semua orang dengan lapang dada Smile

0900 : Bertolak ke Utara. Kami follow belakang daeim yg menunggang LC135. Sampai sekerat jalan, aku, mdeen ngan kaneda terpaksa cabut dulu meninggalkan daeim sbb perjalanan kami masih jauh

1000 : Sampai di R&R Tapah. Sesambil mengorder makanan, dengan tak semena2 daeim sampai kira2 15 minit setelah kami sampai. Sungguh power root motor mamat ni Twisted Evil

Lepak breakfast dulu la...


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Mon Mar 17, 2008 5:25 pm; edited 1 time in total

Post Mon Mar 17, 2008 12:35 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Abih breakfast, kami cabut dulu. Aku, Mdeen ngan kaneda bergerak menuju ke Utara Semenanjung Tanah Melayu. Sampai kat R&R Sg. Perak, kaneda memberi isyarat dia nak keluar hi-way. Ini musti exit pakai jalan tikus kot belakang R&R Laughing Laughing Laughing

Aku ngan mdeen stop pulak kat R&R G. Semanggol atau lebih gelemer dengan panggilan R&R Bkt. Merah. Kat sini aku mendapati skru spender kuda aku dah tercabut satu. Maka dengan machonya aku pasang skru spare yang aku bawak berbijik2 sbb dah bersedia dengan segala kemungkinan Laughing Laughing Laughing

Selepaih pi toilet lebih kurang, kami sambung perjalanan lagi. Kali ni berenti pulak kat Shell selepas tol Juru. Aku taktau langsung kata Shell ni dah bukak. Ingatkan nak kena exit kat Seberang Jaya kalau nak refuel.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 12:40 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tak sabaq2 lagi dah... ati ngan perasaan dah pon check in kat border sedangkan jasad masih di Juru Laughing Kami speeding sket utk sampai kat R&R Gurun. Kat sini, segala urusan dokumentasi diselesaikan. Nak senang, bawak moto sendiri beserta geran original serta pasport antarabangsa. Moto pinjam, geran fotostat, group pasport semua lain cerita.

Bayaq RM17 utk dokumentasi dan insurans serta RM1 utk setiap pasport, kami dapat sticker insurans Siam. Kena tempek kat windscreen moto. Ingatkan nak simpan buat kenangan. Sekali terbang ditiup angin masa on the way balik daaa... Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad

Cepat2 nak sampai border. Dah tak sabaq2 dah ni. Kami singgah Changlun utk tukaq duit. Kat Caltex R&R Gurun pon buleh tukaq duit. Tapi, dengan harapan kat Changlun bole dapat rate lagi baguih, maka kami tak tukaq kat Gurun.

Sekali tgk, kat Changlun takleh dapat rate yg lebih baik. Kami pon nego punya nego, last2 dpt la rate yg sama ngan kat Caltex R&R Gurun

RM10 = 988 Baht

Makin merosot ekonomi Malaysia nih... dengan Arab Saudi pon dah jatuh, ngan Singapore dah tentu dari dulu dah. Sekarang ni, ngan Siam pon kalah? mmmm.... Elok la election baru ni depa kalah teruk. Padan muka. Mudah2an ada perubahan

Lepaih tukaq duit, kami isi minyak kat BHP Changlun. Paihtu teruih ke pintu sempadan


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 12:47 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Urusan check in tak lama. Masuk, cop pasport, paihtu bawak geran ngan dokumen insurans ke bahagian import/export kenderaan, sain sikit sana sini, siap. Mungkin kami bernasib baik (dengan izin Allah) sbb tghari tu tak ramai orang.

ooo yeeaahhh... satu pasport, imigresen Siam amek rasuah sebanyak RM2. Bayaq saja laa... kita nak masuk tpt orang, kena la ikut cara orang...



Moto punya check-in kat pondok seberang sana


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 12:50 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dan.. Sawaddee kap Smile Welcome to Siam



Kami berenti lunch dulu kat kedai tepi jalan. bro Mdeen kata, dia berenti makan kat kedai ni la ngan abg burn aritu



Bahasa Melayu masih digunapakai di pekan Sadao atau lebih dikenali sebagai Danok bagi warga Kedah





Standard makan kat sini mesti ada ulam setalam.

"Sbb tu la orang Siam takyah pakai SKII utk mencantikkan wajah"

Marah betoi bini aku bila aku cakap camtu Laughing Laughing Laughing



Bini aku order nasi goreng ikan masin



Aku order nasi goreng pattaya



Abg deen order nasi putih serta ikan masak apa ntah ngan kerabu pelam




_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 12:55 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Makan di Thailand menjanjikan kepuasan yg tak terhingga. Walaupun harga makanan sama dengan di Malaysia, tapi kualiti makanan tak sama. Kalau di Malaysia, rasa makanan dah kurang serba serbi. Yg byk adalah rasa perencah segera Meggi.

Tapi di Thailand berbeza. Semangkuk tomyam yg sama harga dengan di Malaysia, mengandungi lebih lauk dan mempunyai perasa asli. Maka rasanya jauh lebih sedap. Sekurang2nya, ia menepati selera tekak aku la. Taktau la kalau orang lain pi sana kata makan tak sedap pulak Laughing Laughing Laughing

Lepaih makan, kami sambung perjalanan...

Welcome To Thailand



Paihtu melencong pulak masuk ke kastam Sadao



Tapi dia tak check apa2 pon. Kami terus saja...


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 1:20 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Suasana di Thailand amat tenang. Mungkin sbb aku tak masuk kota besaq macam Bangkok. Setakat Sadao ngan Hat Yai, tak la besaq mana sgt... Sadao ni cuma pekan kecik macam Bkt Kayu Hitam gak. Hat Yai tu ada la kot macam Georgetown kat Penang nun.

Tapi, budaya memandu/menunggang depa tak macam orang Georgetown. Takdak mat rempit dari kalangan moto mahupun kereta. Masing2 bole bawak kenderaan pada kadar makan angin. Cuma sesekali terserempak dengan kenderaan yang berebut2 nak ke destinasi namun secara umumnya, semua orang tak berebut2

Berbeza sama sekali dengan Malaysia yang hampir 100% pemandu nak cepat memanjang. Bahkan masuk ke kawasan perumahan pon nak tekan minyak sehabih kuat yg bole walaupun jalan cuma 100m. Tak hairan kalau sehari 7-8 eksiden kat Malaysia tapi aku kat Thailand 7 hari, baru jumpa satu eksiden. Itu pon keta terbabas masuk longkang jer.



Selatan Thai masih byk masjid. Bole kata setiap sekilo-dua buleh jumpa satu masjid



Kenderaan awam penduduk Thai yg takdak kat Mesia. Menarik gak kalau Mesia pon buat camnih Very Happy Very Happy Very Happy



Jalan dari Sadao ke Hat Yai lengang seperti lengangnya jalan dari Bkt Kayu Hitam ke Jitra


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 1:31 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Kami bernasib baik (dgn izin Allah) sebab setiap laluan kami dari Sadao ke Hat Yai agak sejuk. Hujan baru saja berenti di sepanjang laluan kami. Sbb tu jalan basah tapi kami tak basah. Kepanasan dari KL sampai Bkt Kayu Hitam reda di sini

Bila dah sejuk, pepaham laaa... singgah toilet la hahahahahaaa Laughing Laughing Laughing Dan sebuah kedai minyak menjadi sasaran kami

maaqqkkk aaaiiyyyhhh harga minyak Shocked Shocked Shocked

err... depa bukan negara pengeluar minyak... logik la harga camtu... kalau kita yang negara pengeluar pon harga camtu, aku rasa... ada yg tak kena laa...



Toilet depa dibuat berasingan daripada kedai minyak



Bersih... aku rasa, depa mengamalkan konsep "Sapa berak, cuci la sendiri. Jgn suruh orang lain cuci lak"

Sesuatu yang kita nih kononnya negara Islam tak amalkan sedangkan kebersihan adalah sebahagian daripada keimanan.

Rakyat Malaysia mengamalkan sikap "Bakpe bayar gaji tukang cuci kalau tanak cuci tandas".

Suatu mentaliti yg sgt berbeza... depa rendah diri, kita ego.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 1:42 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Ok laaa kedai minyak depa... besaq dan luas. Mungkin sbb kat sini byk kenderaan yang lalu lalang. Kalau kat pekan kecik, lain situasinya






_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 17, 2008 1:44 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3 ... 12, 13, 14  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com