DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 7:12 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Sembang apa saja

Permainan baruku
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Permainan baruku

Assalamualaikum Very Happy

Akhirnya... setelah menunggu dari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti, maka setelah melalui 7 tahun alam pekerjaan barulah aku dpt memenuhi hajatku yg satu ini.

Helikopter kawalan jauh atau remote control (RC) helicopter Very Happy Very Happy Very Happy

Ya laaa... aku ni bukan orang kaya. Mak bapak tak mampu nak beli mainan camnih. Bila dah reja, kena tunaikan kewajipan dulu. Bila dah cukup serba serbi, barula tunaikan kehobian pulak Very Happy Very Happy Very Happy

Bini dah ada, keta dah ada, umah dah beli, bole la start main natang nih. Tapi, sebenarnya natang nih bukan sekadar mainan. Secara teknikal, ia sama seperti helikopter sebenar. Cuma takdak yg mati terhempas la.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu Apr 03, 2008 10:19 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

22 Mac 2008

Memula aku beli yang nih, heli 2 channel. Aku beli sbb murah. RM85 saja kat Jalan Pasar.



Kawalan cuma sekadar naik, turun, pusing kiri dan kanan. Nak kedepan ngan kebelakang takleh. Sekadar mengikut angin. Mmg penat la ligan natang ni ataih padang



Heli nih kira kukuh jugak buatan dia. Dah jatuh terhempas pelbagai gaya dan rupa, masih tadak apa2 yg patah atau rosak kecuali pemegang kipas bawah (aku taktau istilah sebenar Very Happy ).

Heli ni ada dua kipas utama, atas dan bawah. Yg atas berpusing kekanan, yg bawah berpusing kekiri utk membatalkan torque sesama sendiri supaya heli stabil.

Bila yg bawah dah longgar, maka kipas bawah tak berpusing dengan baik. Oleh itu, heli aku pon berpusing ikut kipas.

Utk heli jenis murah seperti 2 channel ni adalah sgt tak berbaloi utk mendapatkan spare part. Aku repair saja secara DIY dengan menggunakan gam epoxy Araldite

La ni dah bole fly cam asal Smile


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu Apr 03, 2008 10:28 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tak puaih ati sbb takleh nak kedepan ngan kebelakang, maka pada 28 Mac 2008 , aku beli pulak heli 3 channel. Yg ni bole naik, turun, pusing kanan dan kiri, serta kedepan ngan belakang

Harga heli nih, RM80 saja kat Jalan Pasar



Ok laaa... buleh la nak main... tapi kena main dalam dewan sekolah atau mana2 tpt tertutup yg tadak angin. Aku try main kat luar, mmg ntah kemana2 dia pi.



Heli ni kedepan ngan belakang dengan menggunakan kipas kecik kat ekor. Kipas ni menyebabkan heli berpusing kekiri kalau kita nak kedepan atau berpusing kekanan kalau kita nak reverse.

Secara ringkas, kawalan sgt susah sbb nak kena balance antara nak kedepan ngan berpusing


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Thu Apr 03, 2008 10:46 am; edited 1 time in total

Post Thu Apr 03, 2008 10:34 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

29 Mac 2008 , aku pi Nilai 3 sbb nak cari bateri spare utk heli 3 channel. Syok jugak sbb bole kedepan ngan kebelakang walaupun susah nak kawal. So, aku nak cari bateri spare utk main lebih lama.

Ntah kenapa, dah masuk kedai tu syok pulak tgk macam2 mainan RC ada. Aku mintak nak tgk heli 4 ngan 6 channel. Brader kat Nilai 3 tu bagus. Dia pandai demo dan buleh buat recommendation.

Satu lagi, kedai kat Nilai 3 tu sudi buat demo kat mana2 heli yg kita nak tgk sedangkan kat Jalan Pasar, kena konpom nak beli baru dia mau demo dan test. Cam haram Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

Disebabkan keberkesanan demo dan jiwa yg meronta2, maka aku terbeli pulak heli 4 channel sedangkan baru kemarin ja aku beli heli 3 channel Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

Harga heli nih, RM240



Kawalan heli ni baguih. Buleh naik, turun, pusing kiri dan kanan, buleh kedepan ngan belakang serta buleh menyengetkan badan kekiri dan kanan.



Satu ja kekurangan heli ni, serba serbi komponen luarnya rapuh. Body tu cam plastik cawan air RM1. Tapi tak pecah la sbb bole melentur kalau crash. Cuma ada crack sikit2.

Perkara pertama yg patah/rosak adalah kipas utama. Awal2 lagi dah sumbing dan patah dengan serpihan kecik. Ya laaa... aku beginner,, mesti la jatuh terhempas ngan langgar macam2.

Last sekali terus patah. So, aku upgrade pakai kipas yg sama dengan model 3 channel sbb kipas model tu lebih kukuh.

Perkara kedua yg patah/rosak adalah tayar belakang yg cinonet tuh. Disebabkan terlalu byk hard landing, maka tayar tu tercabut. Senang ja... aku lekat balik pakai double sided tape. Gam asal dia tak kuat

Perkara ketiga yg patah/rosak adalah tiang taya depan. Memula main mesti hard landing atau terus crash. So, selepas 5-6 kali crash/hard landing, tiang taya patah.

Aku repair pakai gam epoxy Araldite laaa Very Happy Very Happy Very Happy


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu Apr 03, 2008 10:46 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Secara ringkasnya, kalau nak beli RC heli, terus beli yg 4 channel. Jgn membazir duit beli 2 atau 3 channel semata2 kerana harga murah (bawah RM100)

Review aku utk heli 4 channel model Comanche dari E-Sky, heli nih sgt rapuh dan mudah patah. Jadi, beli siap2 gam epoxy sebagai persediaan. Aku suka Araldite sbb mmg kuat. Repair ja mana2 yg patah tu.

Comanche tu siap bagi kipas spare 2 pasang. Setelah kipas aku patah, aku tak pasang kipas spare tu tapi aku upgrade pakai kipas yg lebih kukuh. Kipas spare tu pon sama ja nipis ngan rapuh dia. Takyah la pakai kipas spare tu kalau takmau kecewa masa tgh2 main.

Dari segi kawalan, memula main mmg terbang tunggang langgang. Bila dah dapat kawal, mmg rasa heli 4 channel sebenarnya senang nak kawal. Cuma kita buleh keliru yg mana kiri, yg mana kanan, yg mana depan, yg mana belakang sekiranya heli berpusing kearah lain.

Akibatnya, nak kiri terpusing kanan atau nak kedepan jadi terkebelakang atau sebaliknya. Sebaik2nya, belajar utk hover dulu. Bagi naik dan kekalkan kedudukan. Jangan pusing mana2 atau gerak kemana2.

Perlu diingatkan bahawa menatang yg berada diudara nih tadak pasak cam menatang yg dok ataih darat.

Kalau main keta remote kontrol, buleh bawak ke satu posisi, kendian berenti kat situ dan lepas tangan. Konpom dia tak kemana2.

Tapi heli lain... bawak naik dan hover kat sesuatu lokasi, mesti dia nak bergoyang/berpusing/bergerak kelain pulak. Jadi jari jemari hendaklah sentiasa di remote control utk mengawal supaya posisi kekal.

Ada bbrp faktor yg menyebabkan heli bergerak walaupun kita hover.

Pertama sekali, momentum dari putaran kipas akan menyebabkan badan heli bergerak/berpusing sikit.

Perkara kedua, angin. Kalau main dalam dewan, kurang la angin atau tadak langsung. Kalau main kat luaq, kena tunggu masa tadak angin atau angin sepoi2 bahasa saja.

Comanche 4 channel sgt sesuai utk main dalam ruang tertutup. Tapi kalau main kat luaq, heli ni sebenaqnya tak kuat utk lawan angin. Kalau sekadar daun bergoyang, bole main lagi. Kalau ranting bergoyang, dah susah nak lawan angin. Kalau dahan bergoyang, takyah la main....
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu Apr 03, 2008 11:03 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Aku mengambil masa selama 5 hari dengan penerbangan sehari dua kali utk membolehkan aku mengawal (bukan menguasai) heli. Maksudnya, kekeliruan terhadap kiri/kanan/depan/belakang dah berkurang serta aku dah bole bawak heli tu pi kemana2 yg aku nak dan landing dengan agak baik Very Happy Very Happy Very Happy

Hari nih, 3 April 2008, hari kelima setelah aku beli heli, aku telah berjaya membawa heli aku mengacau kawanan burung merpati yg sedang makan di taman tanpa tersasar laluan walaupun angin sedang bertiup lembut.

Dah buleh buat gerakan berpusing dan lalu kot ataih kepala paihtu balik semula kat aku. Aku taktau lagu mana nak gambarkan perasaan semasa aku bawak heli tu pusing, lalu ataih kepala dan balik semula kat aku. Mmg syok gila. Rasa cam nak peluk cium heli aku tu Very Happy Very Happy Very Happy

Tips asas:

Take off - heli hendaklah sentiasa mengadap arah angin datang. Kalau tak, buleh tergolek tak sempat naik.

Landing - sama gak, heli kena mengadap arah angin datang. Kalau tak, konpom hard landing atau tergolek.

Flying - sebagai permulaan, kita kena kekalkan kedudukan berada dibelakang heli supaya arah heli adalah sama dengan arah kita iaitu kanan heli adalah kanan kita, kiri heli adalah kiri kita dan seterusnya

Hovering - jari jemari kena melawan arah heli berputar/bergerak

Sebagai permulaan, jgn sekali2 gatal nak buat cam yg orang buat lam YouTube tuh. Konpom kecewa. Aku maksudkan precise control. Naik, terbang dan mendarat dalam ruang kecil/sempit. Konpom langgar macam2 tak sempat naik.

Cari kawasan lapang sekurang2nya seluas court badminton atau court tennis.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Thu Apr 03, 2008 11:19 am; edited 2 times in total

Post Thu Apr 03, 2008 11:16 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dan kini, inilah koleksi heliku.



Dari kiri kekanan, 2, 3 dan 4 channel


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu Apr 03, 2008 11:17 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Sambung sikit perihal Comanche nih....

Kat atas setiap heli, ada sesuatu yg dipanggil balancer. Maka, Comanche ni pon dipasang balancer jugak



Setiap kali crash atau kipas tersentuh sesuatu semasa berpusing, kemungkinan besaq balancer ni buleh terkeluaq dari tpt dia. Benda alah ni mmg bole tercabut. Biasanya belah atas



Ntah dimana silapnya, mlm tadi semasa aku test flight kat taman, tercabut dan....

tinggal sekerat

Shocked Shocked Shocked

Abih laaa heli aku Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Fri Apr 04, 2008 9:31 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Pagi nih aku cuba fly dengan keadaan balancer tak "diikat". Kipas mmg buleh pusing stabil sebelum take-off. Tapi bila pusing kuat sikit utk take-off, terus tunggang langgang.

Dalam kepala dah berkira2 nak pi cari spare part atau DIY spare part sendiri. Dalam dok mencari idea apa nak buat sbb takleh fly, tetiba terlintas lam pala otak utk cuba cari serpihan yang patah tu utk dilekatkan semula dengan Araldite.

Harapan tipis sbb benda alah tu haluih dan aku main mlm tadi tak nampak kat mana benda tu bersepah. Aku cuba saja la....

Alhamdulillah, aku jumpa balik natang haluih ni ataih court badminton. Kalau terpelanting ataih rumput, kompom tak jumpa dah

Tengok2, baru terperasan rupa2nya natang nih ada skru Shocked Shocked Shocked



So, skru la balik. Tapi bagi masuk ngam2 saja. Agak2 balancer tu tak menyebabkan kipas senget


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Fri Apr 04, 2008 9:37 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

So, the moral of the story is, elakkan main ataih rumput sbb menatang nih byk part kecik. Kalau taya patah ker, balancer tercabut ker, buleh pengsan di padang kalau nak cari ataih rumput. Kalau main ataih court/dalam dewan, masih buleh cari lagi part2 kecik yg tercabut.

Pagi tadi test flight, buleh naik sampai tingkat 3 apartment. Cuma masalahnya, kat situ angin dah makin kuat. Aku makin susah nak lawan angin. Sudahnya, termenggelabah sikit, bawak turun dengan laju sampai heli terlalu cepat turun seterusnya masuk celah kangkang aku.

Nasib baik heli kecik....

Tips utk landing:

Tekan remote kebawah sikit dan biar heli turun sendiri pastu tekan sikit lagi dan biar dia turun lagi. InsyaAllah landing elok2. Kalau main tenyeh jer, konpom hard landing.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Fri Apr 04, 2008 9:44 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com