DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 7:39 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Sembang apa saja

ESky Belt-CP: Helikopter kawalan jauh 6 channel
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
ESky Belt-CP: Helikopter kawalan jauh 6 channel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Very Happy

Aku bukak topik nih sebagai panduan kepada sesapa yg nak mula main heli 6 channel (ch). Bukan nak berlagak pandai. Aku pon baru ja pegang natang nih. Topik ni sekadar panduan dari beginner kepada beginner. So, mana2 yg sesuai tu, pakai la. Mana2 yg tak sesuai tu, buat dek saja la.

Byk heli yg dijual dipasaran bermula dari 2 ch, 3ch, 4ch dan 6ch. Malah ada yg sampai 7ch, 8ch, 9ch. Cerita mengenai 2, 3 dan 4ch telah diceritakan di sini:

http://mottobaikdiy.s4.bizhat.com/viewtopic.php?t=195

Jadi, topik ni khas utk 6ch saja. Yg lebih dari 6ch tu, aku pon taktau nak cerita sbb aku tak pakai lagi. Cuma yg aku dengar, channel yg lebih dari 6 adalah utk aksesori dan pelbagai gadget DIY.

Oleh itu, sebarang soalan yg berkaitan dengan heli 6ch akan cuba dijawab setakat yg aku tahu manakala soalan yg berkaitan dengan heli yg kurang dari 6ch atau lebih dari 6ch tidak akan dilayan. Keputusan adalah muktamad. Kalau tak setuju, sila bukak forum lain Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 12:49 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Utk lebih spesifik, aku akan bercerita mengenai Belt CP, heli 6ch keluaran ESky. Kenapa? Sbb tu ja yg aku ada. Aku takleh cerita pasai benda yg aku tak pernah pakai. Nanti jadi ajaran sesat.

Ni ha rupa paras dia



Kenapa ada 4 bijik bola pingpong terkangkang kat situ? Question

Itu adalah sebagai penghalang atau pembantu meminimumkan crash. Pendek kata, cam roda kecik yg kita pasang masa mula2 belajar main beskal laaa... Bukan tak akan crash, tapi kurang atau dpt elak crash.

Apasal aku tgk org lain main heli tak pakai pon? Question

Memula sekali, cuba tanya orang tu pakai heli brp channel. Kalau kurang dari 6ch, tu dah cukup utk menjawab kenapa dia tak pakai bola pingpong. Kalau dia cakap 6ch, maknanya dia dah mmg expert. Ibarat dah pandai naik beskal. Tak akan tergolek lagi dah.

Takkan campai camtu sekali nak main 6ch heli? Question

Yup... kalau setakat 2, 3 ngan 4ch tu, hang power up, bagi throttle, dia mesti terbang punya. Tapi, 6ch heli belum tentu terbang lagi.

Aik? Apa pasai? Question

Sbb 6ch heli boleh la dikatakan macam hang bawak heli betoi. Hang tak buleh suka2 masuk lam heli paihtu bukak suis paihtu terbang. Hang nak kena belajaq, kursus, latihan bla bla bla, dpt lesen baru buleh terbang.

So, kalau rasa hang beli heli 6ch paihtu nak power up, bagi throttle dan terbang sana sini, make sure hang ada byk duit. Sbb perbuatan tu sama cam orang tak reti bawak keta/motor tapi dapat kunci keta/motor paihtu bukak suis dan bawak sbb dia ingat senang cam bawak beskal.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:02 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Heli 6ch adalah heli yg berkeupayaan utk terbang secara 3D atau dgn ertikata lain, buat aksi stunt kat udara. Cuba tgk video nih (bukan aku main):

http://www.youtube.com/watch?v=c0Tzd6FIhrQ

Memandangkan heli ni bole terbang cam lalat kena sawan babi, maka kita kena tahu bahawa heli ni jugak buleh jatuh ikut suka gila babi. Bole terpacak kepala dulu, ekor dulu, jatuh kot tepi bahkan bole jatuh terbalik. Berbanding heli yg kurang dari 6ch, semua heli tu cuma bole jatuh terhempas lurus kebawah. Jadi, kerosakan dari impak bagi heli 6ch adalah jauh lebih parah daripada heli yg kurang dari 6ch.

RC Heli bukan benda hidup

Dah nama pon "remote control" atau "kawalan jauh", dah tentu la kita yg kena kawal mana dia nak pi, apa dia kena buat etc. Kita takleh power up, bagi throttle paihtu expect dia nak terbang sendiri. Dia bukan benda hidup.

Jadi, nak bagi heli tu hover, terbang kedepan, terbang gostan, ke kiri atau ke kanan hendaklah daripada jari jemari kita di panel kawalan. Ini nak kena tanam lam kepala betul2.

Kenapa? Sbb ramai sgt orang yg tanya "Kenapa saya bagi throttle pastu dia naik, jadi liar, pastu crash?". Pastu dia salahkan heli tu pulak "Heli tu rosak ker?" Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes

Ataih angin woi! Bukan ataih tanah!

Camnih la... Cuba pikir sikit... sikiiitttt jer pikir... Kalau kita main keta kontrol atau bawak keta/motor, kita bagi throttle, dia gerak kedepan. Lepas throttle atau brake, dia berenti. Kenapa berenti? Sbb taya dia lekat kat atas tanah. Tu jer sebabnya.

Heli nak lekat atas apa? Dah tpt dia atas angin, tentu la terhoyong hayang. Kena pulak ada angin tiup. Lagi la bersepah kat atas angin tu. Jadi... main heli 6ch bukan soal main tapi soal nak kawal sifat terhoyong hayang ataih angin. Cuba pikir camner nak brek satu benda yg terbang? Wink

Bukan hanya depan belakang atau kiri kanan

Mungkin sbb kita ni tak bersayap... Selalu dok jalan ataih tanah jer, jadi kita lupa pergerakan keatas dan kebawah. Heli yg berada ataih angin bukan saja bergerak kedepan, kebelakang, kiri dan kanan bahkan keatas dan kebawah.

Yup.. semua orang tahu tapi tangan kita tak biasa kawal panel remote control utk pergerakan keatas dan kebawah.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:26 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Berapa punya susah daaa...

Senang cerita, main heli 6ch ni sama macam kita berdiri atas sebijik bola. Utk berdiri senyap atas bola tu adalah sesuatu yg tak mungkin. Kita kena sentiasa bagi input terhadap bola tu. Kalau nak jatuh ke kanan, kita lawan ke kiri. Nak tertonggeng ke depan, kita lawan ke belakang. Terlebih lawan, jatuh pulak ke arah lain. Jadi, daya melawan yg dikenakan hendaklah ngam2 dengan daya nak tertonggeng supaya kita dpt tegak semula.

Camtu lah heli 6ch kat atas angin. Nak tetapkan heli pada satu kedudukan diudara amatlah susah bagi orang yg mula2 belajar (termasuk aku ler...)

Dah tu? Camner nak main? Macam belajar sarkis daaa

Sebagai asas, sila rujuk sini.

http://www.dream-models.com/eco/flying-index.html

Kaedah tu telah disarankan oleh ramai orang dari luar dan dalam negara. Aku dah cuba dan mmg sesuai dengan aku.

Berapa lama baru bole terbang?

Aku amek masa 3 minggu dengan crash sekali setiap minggu Laughing Laughing Laughing Masuk minggu keempat, aku dapat la hover dengan agak baik (bole laaa utk beginner). Cuba tgk video nih:

http://www.youtube.com/watch?v=htmjzJw8NPs

Utk bole terbang adalah dengan tidak "mahu cepat terbang". Kalau anda "mahu cepat terbang", maka anda akan lagi laaaa lambat bole terbang sbb dok crash jer memanjang.

Awat bersepah2 jer?

BENDA ATAIH ANGIN WOI! AKAI ADA KA? Jadi... nak kena sentiasa bagi input berlawanan dengan arah heli terhoyong hayang. Ni adalah video kawalan heli aku pada minggu kelima

http://www.youtube.com/watch?v=xIqRs92sKTk

Bole la kawal sikit2...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:39 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tempoh belajar hover (hover saja tau, belum lain2 lagi) heli 6ch bergantung kepada diri masing2. Ada yg amek masa seminggu, ada yg sebulan dan ada yg berbulan2 takleh hover lagi dan berakhir dengan jual balik heli sbb give-up dan fed-up.

Aku spend minggu pertama main atas lantai. Court badminton adalah tpt yg sesuai sbb bola pingpong kat heli bole slide. Kalau main atas tar, bola pingpong bole sangkut kat tar.

Aku crash selepas dpt sikit keyakinan utk hover. Aku cuba hover pada ketinggian 1 kaki. Mmg bersepah2. Kawasan 20m persegi pon tak cukup. Ntah cemana tetiba datang angin, heli ternaik sendiri. Aku gelabah dan terus tutup throttle konon2 nak bagi heli jatuh tegak.

Aku silap... heli tak jatuh tegak. Heli jatuh ketepi. Kipas melipat dan hentam ekor. Kerosakan yg menyebabkan aku spend RM160. Crash kali pertama tuh! Pada minggu pertama pulak!!!
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:50 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
unpro



Joined: 06 Feb 2007
Posts: 12
Cadangan untuk training

wahai bro rimau yg mulia, benarkan hamba menyebok kat sini.

Untuk permulaan nak belajar RC heli 6 channel dgn murah, saya nak cadangkan, boleh pakai benda ni (RM40++ sebijik)



dan download software ni

http://n.ethz.ch/~mmoeller/fms/index_e.html



Software free tapi control pad kena bayar. Control pad ni amat sensitif, sesuai untuk train jari-jemari untuk heli. Some simple mapping and calibration is required.

p.s. : After 1 hour testing/training, belum boleh hover betul2. Mesti tergolek.[/img]

Post Wed May 21, 2008 1:52 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Lepas repair, aku takut nak hover. Sambung main atas lantai semula. Setelah bbrp hari, aku hover semula kat ketinggian sekaki. Kesilapan kali ni adalah:

1) Main waktu mlm kat tpt agak gelap
2) Padang basah. Ada lopak air dan ada rumput tebal

Apa yg berlaku ialah, aku hilang orientasi sbb heli berputar. Disebabkan kurang cahaya, aku jadi keliru. Heli crash.

Sepatutnya heli crash dengan selamat tapi disebabkan bola pingpong yg sepatutnya slide telah tersangkut pada setunggul rumput tebal, maka heli tertonggeng sebaik saja mencecah tanah. Sepatutnya bola pingpong tak sangkut dan heli bole slide dengan selamat ketika crash.

Ditambah pulak dengan lopak air yg berada kat situ, maka percikan air telah merosakkan komponen elektronik utama iaitu ESC (Electronic Speed Controller) yg berharga RM105 Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

Jadi... aku telah spend lagi RM150 utk repair + RM1++ utk toolset. Seriously, kalau nak main heli 6ch, kena belajar repair sendiri. Sama cam main motor gak. So, itulah kisah aku crash kali kedua...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:56 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Re: Cadangan untuk training

quote:
Originally posted by unpro:


Untuk permulaan nak belajar RC heli 6 channel dgn murah, saya nak cadangkan, boleh pakai benda ni (RM40++ sebijik)

dan download software ni

http://n.ethz.ch/~mmoeller/fms/index_e.html


Software free tapi control pad kena bayar. Control pad ni amat sensitif, sesuai untuk train jari-jemari untuk heli. Some simple mapping and calibration is required.

p.s. : After 1 hour testing/training, belum boleh hover betul2. Mesti tergolek.


hahahahaha!!! Tengkiu tengkiu tengkiu Laughing Terkujat aku tetiba kuar gambar besar kat screen. Musykil lak kenapa tetiba keluar gambar sedangkan aku tak post gambar pon Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 1:58 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
unpro



Joined: 06 Feb 2007
Posts: 12
Re: Cadangan untuk training

quote:
Originally posted by harimaumalaya:
quote:
Originally posted by unpro:


Untuk permulaan nak belajar RC heli 6 channel dgn murah, saya nak cadangkan, boleh pakai benda ni (RM40++ sebijik)

dan download software ni

http://n.ethz.ch/~mmoeller/fms/index_e.html


Software free tapi control pad kena bayar. Control pad ni amat sensitif, sesuai untuk train jari-jemari untuk heli. Some simple mapping and calibration is required.

p.s. : After 1 hour testing/training, belum boleh hover betul2. Mesti tergolek.


hahahahaha!!! Tengkiu tengkiu tengkiu Laughing Terkujat aku tetiba kuar gambar besar kat screen. Musykil lak kenapa tetiba keluar gambar sedangkan aku tak post gambar pon Laughing Laughing


sama2 mau belajar ma.

found another simulator, heli-x.com Make sure you click on the english flag on the top left else you will twist your tongue reading german/dutch.

this is a 100mb download without the heli models.

Post Wed May 21, 2008 2:04 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Masuk minggu ketiga, sama cam minggu pertama dan kedua. Aku hover kat ketinggian sekaki jugak. Masih takut2 dan sentiasa bersedia utk crash lagi. Dan kerisauan aku menjadi kenyataan...

Aku crash pulak kali ketiga Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Tapi kali ni bukan sbb silap aku.

Heli 6ch biasanya mempunyai 4 servo. Fungsi setiap servo adalah:

1) Elevator (depan & belakang)
2) Rudder ( berpusing kiri & kanan)
3) Aileron ( bergerak kiri & kanan)
4) Pitch (sudut condong kipas supaya heli bole naik atau turun)

Dalam kes aku, servo utk elevator telah rosak semasa aku tgh2 hover Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

Heli tiba2 gostan ke belakang. Aku tolak kedepan supaya dia stabil balik tapi tadak response. Aku syukur sbb aku hover kat ketinggian sekaki. Jadi, sebaik saja bucu ekor cecah tanah, aku tutup throttle. Takdak apa2 komponen mekanikal yg rosak. Kalau kejadian ni berlaku pada ketinggian melebihi sekaki, aku yakin yg heli ni dah terbalik atas kebawah dah semasa mencecah bumi.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 2:05 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com