The_CrowJr
Pomen D.I.Y
Joined: 27 Jan 2007
Posts: 41
|
Kemenculan Anugerah Yang Maha Agung..
Assalamualaikum & salam sejahtera
buletin 1.30 petang...
eh,
kehadapan kekanda2,dinda2,sahabat2,rakan2,taulan2,teman2,kawan2,mamat2,minah2 dan hayawan hayawanin sekalian..
walau pun berita hebat ini telah lama-barang kata dalam 20 hari yang lalu..
namun disini hamba pacar yang hina lagi keji malahan gelap lagi hitam ini, tetap ingin menyampaikan berita tentang adanya ssatu kejadian, kemunculan Anugerah yang Maha Hebat ini, agar dapat hamba yang hina lagi kacak ini berkongsi kenikmatan dan kegirangan ini bersama kalian, adikberadik ku sekalian alam...
Tepat pada tanggal 31 hari purnama 8 tahun masihi 2008,
pada jam 2 minit ke 44 pagi,
disebuah bilik yang terang benderang dgn lampu-lampam, denagn bunyi nyaring-an jeritan parau kesakitan seorang insan bergelar wanita, dgn penuh ketakutan, kebimbangan, ketidak keruan,ketidak ketahuan dan ketidak sabaran,.... JENG JENG JENG!!!!!!
Arakian, berlakulah kejadian yang amat dinanti-nantikan...tiba2..."uwekk....uwekkk...uuwweeekkk..." kedengaran satu tangisan yang sungguh syahdu lagi merdu yang amat mententeramkan jiwa dikala lara sengsara berduka..menandakan kan, KEMUNCULAN
ANUGERAH YANG MAHA HEBAT
ke alam sementara ini,dunia peluang manusia mengumpul harta untuk "hari esok", seorang bayi lelaki yang sempurna sifat kejadiannya dgn berat kejadiannya 3.47 kilogram-Alhamdulillah,..
Denngan yang demikian. Setelah 6 hari selepas pemberian Anugerah Yang Maha Agung ini pada seorang suami yang hina lagi keji lagi alpa dan sering lalai dari melakukan tanggungjawabnya sebagai hamba, kepada seorang isteri yang selalu memberi dorongan,semangat kepada sang suami dan menjadi tongkat kepada seorang lelaki yang wajib ia taat yang lumpuh pergerakannya dan acapkali bersabar menempuh ujian-Nya...maka hamba berdua,gagak yang tak hensem tapi kacak dan Sue yang sentiasa manis berseri, telah menamakan Anugerah itu dengan nama - Ali Zuhri Az-Zafran - dengan maksud - Yang Mulia Bungaku Yang Berjaya - dengan membawa panggilan - Zafran....
Sekian saja berita dari hamba, Crow..
hamba mohon maaf pada kalian semua andai menerima lewat khabar ini..
dan lagi sekali hamba mohon ampun dari hujung rambut ke hujung sehujung-hujung kaki, kerana sekian lama menyepi diri, tidak berkontaksi dan tidak bertanya khabar...kerana hamba malu pada diri sendiri..terhadap kalian semua...ampun dan maaf dipinta.. _________________
Your T-Shirt & Digital Print solutions
|