DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 1:36 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Enjin

Camner nak balance carb ?
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
FunctionX



Joined: 19 Jan 2007
Posts: 9
Camner nak balance carb ?

1) apakemenda balance/sync/timbang kabeletter/carb ni ?

-sempoi ajer, balance carb adalah menedjas bukaan throttle valve (carb butterfly valve) supaya silinder-silinder motor menghasilkan kuasa yg sekata. Motor thumper atau satu silinder tak perlu balance carb ni. Motor multi-cylinder yg pakai single carb pun tak perlu balance carb.


2) apsal kena buat ?

-supaya motor idle senang, start senang, jimat minyak (sket), dan pickup lebih (sket), dan kurang vibrate (sket).

Boleh buat pakai mata dengan cabut carb tu, dan edit sambil memerhati bukaan throttle valve menggunakan lubang pilot jet atau idle screw sebagai panduan. Memang boleh dapat 100% sama bukaan cara ni.... tapi penjanaan kuasa silinder enjin motor masih tak 100% sama, walaupun tappet dah diselaraskan. Mungkin ada beza 0.0002% yg kita tak nampak kalau tak pakai vacuum gauge atau mannometer.


3) penting ke nak buat ?

-tak penting. Biasanya orang tak tau pun motor dah balance carb ke tidak. Pedrosa lain cerita lah kot. rake angle lari 0.001 darjah pun dia boleh kantoikan... Laughing


4) risiko tinggi ke kalau nak jadi silap apa-apa ?

-risiko rendah. Kalau silap habis kuat pun enjin susah nak start atau takleh idle atau idle tak cun. Jadi itu macam.... kita tempah sesi kat bengkel pemes kat melaka tu lah... tapi yg kantoi tu kena bawa pengeras lah utk tok moh kita... hehehehe Laughing



5) apakebenda yg perlu ?

-skru driver flathead
-mannometer (lihat bawah)


6) mannometer ? bapak mahal. yg guna merkuri tu ajer dah berapa ratus sebijion. Yg digital tu lagi macam haram rege ! Evil or Very Mad

-eh tak perlu beli pun. Kena ada dua bijik botol sos, dan lebih kurang 2 meter clear plastic tubing yg boleh muat kat vacuum tube motor anda.

http://i15.photobucket.com/albums/a357/MethodX/diy_stuff/IMG_1884.jpg

sorry nampak buruk. Menda ni dah lama... 2 thn dah agaknya aku pakai. Botol sos life thai chili sos digunakan sebab ketepatan meningkat 0.5196% berbanding pakai botol sos lingam.

Bawah ni cara ia berfungsi.



dlm gambar kat atas.. carb 1 menghasilkan vacuum yg lebih kuat berbanding carb 2 ; tekanan udara dlm botol 1 lebih rendah dari botol dua, jadi air mengalir dari botol 2 ke botol 1. Kesimpulannya, carb tak balance. Jadi kena kasi bukaan throttle valve carb 2 lebih sikit berbanding carb 1. Ada sebijik skru antara carb yg mengedjas bukaan throttle valve satu carb vs satu carb lain.

sempoi bukan ? selagi carb tak balance, selagi tu air akan mengalir dari satu botol ke satu botol yang lain. Tak kisahlah mengalir dari botol mana ke botol mana. Selagi ia mengalir, tu tandanya carb tak balance lah ! (kalau ko takde vacuum leak kat device ko lah)

Objektif anda adalah utk edjas bukaan throttle valve supaya vacuum dari carb 1 dan carb 2 adalah sama ; yg akan memastikan takde perbezaan tekanan dlm botol dan menyebabkan paras air berhenti berubah.

yg warna biru tu, air paip.
yg warna merah, tiub sambungan botol.
warna hijau dan purple, tiub sambung ke vacuum tube motot.

lagi satu. Ini bukan idea ori aku. Dapat dari mag jepun mana tah.. aku pun tak paham title. Geng ex250 us pun ada gak bikin menda ni, boleh tengok kat wiki diorang.


8 )air paip ? tak mampos ke enjin aku kalau tersedut masuk dlm carb ?

perhatikan design kat atas. Jangan isi penuh satu botol dengan air. Setiap botol isi 1/3 ajer. Jadi kalau air habis dipindah ke satu botol, tinggi takat 2/3... tak cecah paip yg sambung ke carb dan tak dapat disedut ke dlm enjin.

kalau air disedut pun... cabut ajerlah tiub tu ! masuk sikit-sikit takpe... biasanya akan jadi wap sebelum sampai ke intake valve. Jangan masuk sampai 100 atau 200ml sekaligus sudah lah ! Laughing

kalau termasuk minyak, lagi teruk.. nanti ko overhaul ko tengoklah rupa muka intake valve ngan combustion chamber ko camner... konfem tak hensem punya.

guna ATF ? kene tangan ko.... habisler bini ko takmo cium dah dihari raya...

guna petrol ? uih dahler mahal... toksik lagi... dahtu ko biar 2-3 hari habis tersejat semua.

lagipun, air adalah tak likat dan mudah mengalir, maka ia lebih peka pada perbezaan tekanan berbanding say... minyak 20w-50.




9) habis tu camner nak buat ?

camni :

a)bikin itu mannometer. Kalau takde botol kosong gi sambar sebijik dua kat kfc (McD tak guna botol dah) ... pastikan takde orang nampak ko lah.

b)gi ride 10-15 minit kasi panas enjin.

c)sambungkan vacuum tube motor ke mannometer. start enjin kasi idle.
contoh sambungan :

http://i15.photobucket.com/albums/a357/MethodX/diy_stuff/IMG_1886.jpg

d)Tengok air lari ke botol mana masa idle. Jangan rem motor. Idle patut kat <1900rpm. Pusing skru antara carb supaya air berhenti mengalir (aka water level kedua-dua botol berhenti berubah).

skru yg diedjas :
http://i15.photobucket.com/albums/a357/MethodX/diy_stuff/IMG_1887.jpg


e) bila air berhenti mengalir, objektif tercapai. Kalau rpm tinggi @ rendah dari spec idle, kasi normal balik guna throttle stop screw @ idle knob (aka orang panggil timing screw). Rem-rem sikit. Masa rem memang normal kalau air mengalir, asalkan bila lepas throttle dan enjin idle, air tak mengalir, jadilah.

Kalau air mengalir jugak lepas set idle speed ke factory setting, balik ke step (d).

Bila confirm air tak mengalir lepas rem berapa kali pun, pasang balik sumer tube macam asal pastu gi test ride. Mesti best punya ! Cool


tips :

-skru antara carb tu tak payah pusing banyak. Biasanya dlm 1/4 atau 1/2 dah siap. Kalau kena pusint 2-3 pusingan, something wrong laaaa Razz

-kalau lepas rem & lepas throttle, air tak berhenti mengalir, adjust lagi sekali. Kalau tak dapat juga, ada masalah ngan idle circuit. Ini kena bukak carb, sync throttle valve pakai mata, pastu adjust idle mixture secara manual, baru boleh fine tune carb balance.

Motor aku pernah jadi sekali... lepas hantar kedai mana kat tmn connaught yg claim reti edjas carb (konon free sambil overhaul). Rolling Eyes . Cuba setting camner pun dia takmo balance... jadi terpaksa buat cara manual, pastu baru boleh sync carb no problemo.


-kat cap botol sos tu... lepas pasang tube sumer... kasi seal ngan gam dunlop sebelum tutup botol. Baru betul-betul takde leak.


-utk motor 4 silinder.. ikut kata manual lah. aku tak ingat.. rasanya 1-2 dulu, pastu 2-3, pastu baru 3-4 kan ? kalau salah betulkan lah. Aku minat twins, tak hafal sangat utk 3 atau 4 silinder.



sekian, itulah yg dapat aku sumbangkan kat board ni pada masa ni.
err... jangan disalah erti maksud ayatku itu™ (takde budak aperla kat board ni kan ? Twisted Evil )

Post Mon Feb 05, 2007 8:02 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
coldfusionpower



Joined: 22 Jan 2007
Posts: 40
Location: Planet Bumi

fuhh . syabas syabas ! hebat punye article. tapi flatside tak bleh wat arr . pasal mane ade vacuum kat carb moto aku tu .. wakakaka
_________________

Post Tue Feb 06, 2007 1:22 am 
 View user's profile Send private message Visit poster's website  Reply with quote  
FunctionX



Joined: 19 Jan 2007
Posts: 9

kalau takde vacuum padan muka lah kena bukak carb pastu pastikan slide open serentak pakai mata ngehehehehehe... Twisted Evil Laughing


utk carb keihin cvk pada ex500/ex250 biasanya connector dia ada depan carb kat bahagian atas...

Motor lain tak tau aaaa....

Post Tue Feb 06, 2007 10:46 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Manyak bagus manyak bagus Very Happy Very Happy Very Happy

Ni utk check balance ke tak jer kan. Camner lak kalau nak adjust mixture? Bole D.I.Y jugak ka?

Post Tue Feb 06, 2007 11:21 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
FunctionX



Joined: 19 Jan 2007
Posts: 9

boleh diy gak. Tapi kena banyak sabar ler. Alang-alang dah tanya... ni utk carb cv motor dua silinder : Arrow


1)bukak carb dari airbox, sync throttle valve pakai mata

2)skru idle mixture kat setiap carb, pusing masuk dlm (jgn ketatkan, kalau ketat tip skru tu atau spring atau o-ring boleh rosak), pastu pusing keluar 4 pusingan (manual kata 2.5, tapi kat motor saya 2.5 takleh start enjin dan enjin takmo idle walaupun bila panas). Pada saya senang lagi kita setting rich sikit supaya motor boleh start dan idle dan kemudian leankan pelan-pelan.

3)pasang balik carb ke motor.

4)start motor, gi ride kejap kasi warm up

5)setkan idle speed serendah mungkin (~500 - ~800 rpm ok le kot utk twins).

6)pusing skru idle mixture satu carb masuk dlm perlahan-lahan sambil perhati meter rpm. Idle speed akan meningkat.

Tujuan kita adalah utk dapatkan idle speed tertinggi (menunjukkan best A/F ratio utk carb tu) menggunakan idle mixture screw carb ni. Bila sampai satu tahap kita pusing skru, idle speed akan menurun (aka mixture lean sangat)... sekarang kena pusing balik idle speed keluar 1/4 pusingan kasi dia naik (rich) balik.

7)ulang no.5.

8 )ulang no 6 kat carb kedua.

9)ulang no.5 lagi. Pusing screw utk carb 1 masuk dlm 1/4 pusingan. Kalau idle speed menurun, carb 1 dah set ok. Ulang kat carb 2, kalau kesannya sama, carb 2 pun dah set ok. Sekarang boleh set knob ke idle speed normal. Lepas tu boleh balance guna botol sos.

10)test ride, check kaler spark plug. Patutnya rupa dua-dua lebih kurang. Kalau sebelah putih sebelah hitam... paham-paham laa...



tapi benda ni senang lagi tunjuk live dari main tulis kat sini. Perbezaan bila kita pusing skru tu adalah halus, kalau takde rpm meter susah nak agak. Motor lagi banyak silinder lagi halus kesannya. Lagipun ada lag dlm 5-10 saat sikit dari masa kita pusing skru hingga kesan tu register kat rpm meter.

Ni teknik saya laaa... setengah orang guna teknik bukak spark cable.. sesetengah pakai camni. Yg lagi professional pakai O2 sensor....

Post Tue Feb 06, 2007 1:05 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
adioz88



Joined: 24 Jan 2007
Posts: 41
Location: Kedah

Kalau untuk moto cub macam Ex5 ni ada tak caranya?
memang langkah kanan ni Very Happy
moto tengah tak best settingnya.
Kalau boleh buat macam ni, jawabnya sedap la sgt moto tu.Baru la Sunggoh Tampan Menunggang Ex5 Wink Very Happy

kalau ada caranya boleh la bgtau.saya menanti dgn penuh harapan

Post Sun Feb 25, 2007 7:40 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
WGD_6841



Joined: 04 Feb 2007
Posts: 38

quote:
Originally posted by adioz88:
Kalau untuk moto cub macam Ex5 ni ada tak caranya?
memang langkah kanan ni Very Happy
moto tengah tak best settingnya.
Kalau boleh buat macam ni, jawabnya sedap la sgt moto tu.Baru la Sunggoh Tampan Menunggang Ex5 Wink Very Happy

kalau ada caranya boleh la bgtau.saya menanti dgn penuh harapan


pape hal, check plug dulu, amik gambau! post sini.

kalau carb dah satu aja, lagi senang, tak payah balance lagi dah.
dan kalau tak usik apa˛, cuci carb & tune angin balik patut dah cukup.

Post Sun Feb 25, 2007 10:36 pm 
 View user's profile Send private message Send e-mail  Reply with quote  
shahrel



Joined: 13 Mar 2007
Posts: 4

memandangkan kita tengah berbincang pasal carb...... siapa tau mana nak cari 90 degree screwdriver

Post Tue Mar 13, 2007 9:53 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
CarroTT



Joined: 18 Jan 2007
Posts: 47

kamu refer jenis yang ada tombol boleh pusing yer ?
macam special tool kawasaki

Post Tue Mar 13, 2007 7:44 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
shahrel



Joined: 13 Mar 2007
Posts: 4

betul sangat la tu...aku nak sync carb zxr
tangan tak lepas kalau pakai screw driver biasa..kalau lepas pun habis tangan melecur

Post Wed Mar 14, 2007 3:18 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com