DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 3:03 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Enjin

Camner nak tukar minyak itam?
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Camner nak tukar minyak itam?

Ini adalah perkara asas yang semua orang bole cuba buat kat rumah.

1) Memula sekali, kenal pasti skru utk membuang minyak itam. Biasanya, skru ini terdapat dibawah enjin. Kena tunduk dan lihat dibawah enjin

2) Letakkan sebuah tong leper dibawah skru tersebut.

3) Pulas arah lawan jam. Kena pulas sampai skru tersebut tanggal baru minyak hitam akan keluar

4) Kalau moto anda ada oil filter, buka sekarang. Pulas ikut arah lawan jam juga

5) Buka penutup utk memasukkan minyak hitam. Biasanya penutup ini terdapat dibahagian atas enjin

6) Tunggu hingga minyak menitik sampai habis

7) Pasang balik skru yang dibuka utk membuang minyak hitam. Ketatkan seadanya. Jgn terlampau ketat sampai merosakkan thread

Cool Pasang oil filter baru. Pusing ikut arah jam

9) Masukkan minyak hitam mengikut sukatan yang tertera di enjin anda

10) Tutup semula penutup utk memasukkan minyak hitam

AMARAN!!! Jgn sekali2 start enjin setelah minyak hitam dikeluarkan

AMARAN!!! Agak2 tak pasti kat mana skru nak keluarkan minyak hitam dan taktau kat mana tempat utk memasukkan minyak hitam, hantar jer kat bengkel dan tengok betul2 apa pomen buat sambil mengenal pasti langkah2 yang telah disebutkan. Lenkali bole buat sendiri.

AMARAN!!! Jgn sekali2 tuang minyak hitam yang telah dibuang dari enjin kedalam parit rumah anda. Jgn pulak memandai2 tuang dalam lubang toilet rumah. Masukkan dalam botol yang besar dan bawak ke bengkel. Biasanya derang ada sebijik tong drum utk mengumpul minyak hitam terpakai. Buang kat dalam tong drum tu

Post Thu Jan 18, 2007 4:27 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
kuril



Joined: 15 Aug 2007
Posts: 1

mintak maap. org baru nak tumpang lalu.

tak tau soklan nie relevan utk topik ni ke or budus sgt. mo nanye, ape agaknye medium yg bole digunakan utk menongkat zx2 ketika menservis enjin? (ni kes tadek paddock stand) saya bercadang nak servis sendiri tuka minyak itam. Last time masa nak bukak rantai, saya tongkat ngan 'jek' keta, letak kat kedua2 arm. tapi mcm bahaya je. Time tu ada member tlg, so tak risau la kot moto nak tumbang ke.

tks in adv Smile

Post Wed Nov 07, 2007 12:29 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Takyah double stand... cuba buat camnih.

1) Parking moto pakai side stand

2) Letak bekas utk tadah minyak itam yang besar sket

3) Bukak skru dan biar minyak itam keluar

4) Ngko duduk atas moto dan tegakkan moto. Bila dah keluar abih tu, senget sikit ke kanan, pastu senget sket ke kiri. Dah siap.

5) Tutup balik skru kat bawah enjin tu

6) Isi minyak itam baru
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Nov 07, 2007 12:37 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
xpthrone
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 149
Location: gopeng, perak

tambah nasi... Very Happy

seelok2 nye tukar minyak itam mase enjin panas...
waktu tu minyak itam tgh cayor(cair)...

Post Wed Nov 07, 2007 1:14 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
castello



Joined: 23 Jan 2007
Posts: 6
Location: Putrajaya

quote:
Originally posted by xpthrone:
tambah nasi... Very Happy

seelok2 nye tukar minyak itam mase enjin panas...
waktu tu minyak itam tgh cayor(cair)...

aku tambah sikit...ada pendapat kata jgn panas sgt sbb bila panas besi mengembang..so bukak skru drain tu nanti senang luss...ntah betul ntah idak...

Post Fri Nov 09, 2007 11:24 pm 
 View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
xpthrone
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 149
Location: gopeng, perak

kalau nak bukak takpe mase panas... jgn mase panas tu gak pasang skru
tu balik...

takde teori plak pasal bende ni... sume berdasarkan pengalaman...

selamat mencube... Very Happy

Post Sat Nov 10, 2007 2:01 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Kalau panas, besi akan mengembang. Skru susah nak bukak. Ia akan lebih ketat dari biasa. Kalau kita paksa bukak semasa panas, rasanya... ada kemungkinan thread bole loose. Tapi, bukan on the spot la... Bila selalu buat dan dah berkali2 buat, baru dia loose.

Lagipon, kalau bukak semasa panas, minyak panas yang turun akan kena tangan. Kalau sayang tangan dan selalu pakai losyen, jgnla bukak masa panas Laughing Laughing Laughing

Biasanya, aku tunggu dalam 10 minit selepas enjin berenti baru bukak skru.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Sun Nov 11, 2007 12:00 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
castello



Joined: 23 Jan 2007
Posts: 6
Location: Putrajaya

ya betolllll thread akan loose...itu yg cuba ku maksudkan..huhuhu

Post Sun Nov 11, 2007 11:37 pm 
 View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
xj



Joined: 07 Jan 2008
Posts: 8

salam semua,

kalau nak bukak oil filter yg kedudukannya kat luar enjin, kena pakai "oil filter wrench" ke?

biasa berapa harganya? kat mana aku boleh carik dgn harga murah2...

kalau ada idea mcm mana nak buat tool tu sendiri lagi baik... Smile

Post Sat Mar 08, 2008 9:44 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
xpthrone
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 149
Location: gopeng, perak

yang bukak oil filter keter tu buleh pakai rase nye...
yang jenih pakai rantai tu...

Post Thu Mar 13, 2008 12:03 am 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com