DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 8:09 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Candi aktiviti 2007

Santai Hujung Minggu di Tasik Biru

  Author    Thread This forum is locked: you cannot post, reply to, or edit topics. This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Santai Hujung Minggu di Tasik Biru

Peeerrrgggghhhh.... letih gila... ptg Sabtu hujan. Aku yang kononnya nak pi awai pon terpaksa lepak sampai mlm. Lebih kurang pukoi 8 mlm, aku pi kedai haiwan peliharaan utk membeli udang ngan ikan seluang utk buat umpan mancing.

Dengan tak semena2, bro solobikers ngan trunksz muncul kat kedai tu. Depa shopping fishing rod ngan reel.

"Beli yang murah2 jer... kita nak mancing talapia jer" kataku kepada kedua2 saudaraku itu

"eiiihhhh... mana taaauuu... kalau dapat toman? haaa...." kata trunksz padaku

" Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy " bro solobikers tersengih seperti biasa.

Selesai shopping, kami lepak kat Mahbub. Makan duluuuu.... Tak lama kemudian, acap pon tiba. Selesai makan + lepak lebih kurang, kami semua bertolak ke Tasik Biru...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Mar 06, 2007 10:07 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tasik Biru merupakan sebuah tempat yang amat sesuai utk melepak dan bercamping. Air tasik yang bersih dan persekitaran yang sesuai utk camping menyebabkan ramai orang turut bersantai kat Tasik Biru pada malam itu. Kami pon mencari port yang sesuai...

Mancing punya mancing, satu ekor ikan pon tak dapat daaaaa.... tu laaa... lenkali kena ikut orang tempatan. Depa tau la ikan makan time bila. Tensen punya pasai, kami meeting utk tukar tempat. Bincang punya bincang dari Kelana Jaya sampai Kuala Selangor, akhirnya kami setuju utk berpindah ke tasik yang terletak bersebelahan dengan istana Selayang Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

Kol 4 pagi, kami bertolak menuju Selayang manakala acap terus balik umah. Kami tidoq kat istana tengku mahkota sementara menunggu hari siang.... dan trunksz tidoq sampai kartun Space Goofs abih ditayangkan sedangkan adik trunksz mangkit lebih awai dari dia Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Mar 06, 2007 10:14 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dalam +-10 pagi, kami semua menyerang tasik. Tasik Selayang ni nampak lebih meriah berbanding Tasik Biru sbb lebih kerap nampak ikan menangkap kat permukaan air.

Kami pon mula melabuhkan ladung masing2 dengan umpan udang. Tak lama lepaih tu, bro solobikers membuka tirai kegembiraan apabila dia dapat sekoq talapia seberat 100....eerr... gram Very Happy Very Happy Very Happy

Kendian, trunksz pulak dapat. Aku pon tukaq strategi. Ganti ladung dengan polysterene. Mancing atas pulak. Pastu datang sekor talapia meragut umpan aku. Syok tengok pelampung dilarikan talapia. Tarik punya tarik, naik la sekoq talapia seberat 100... gram jugaaakkkk... Very Happy Very Happy Very Happy

Pastu kami bergilir2 mendapat talapia... sekoq demi sekoq dinaikkan. Yang mana masih sekolah rendah tu dilepaskan semula. Yang mana dah masuk sekolah menengah, semua amek.



Yang atas tu gambar tipu. Ni gamba sebenar Very Happy Very Happy Very Happy


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Mar 06, 2007 10:20 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Puaih mancing, kami pon pi makan tghari. Lapaq gila... tak dan breakfast teruih pi tasik dah. Ikan terkumpul setelah ditolak yang tangkap lepas dan tangkap terlepas, cuma 6 ekor yang dibawa pulang.

Makan tghari tu kat Selayang, kedai mamak sebelah Carini. Masing2 lalok setelah tak cukup tidoq mlm tu serta kepanasan sepanjang pagi sampai tghari. Balik tu aku tidoq tak sedaq habaq apa sampai ke malam. Last2 mangkit dah pukoi 9. Tengok2 ikan dah busuk Sad Kesian... dia mati tanpa berkhidmat kepada manusia... aku pon sedekahkan ikan tu kat tong sampah

Coming up next, aku nak lepak camping suka2 kat Tasik Biru. Bawak ration sket, masak, mandi, tidoq semua kat Tasik Biru. Baru bole buat camp fire Smile Kat situ sunyi dan syahdu Wink Sapa nak ikut, jom Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Tue Mar 06, 2007 10:29 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
trunksz
Pomen D.I.Y


Joined: 22 Jan 2007
Posts: 103

kalo tak saya sudah dapat ikan lagi basaq tuh... sebesaq lengan ... dah sangkut dah pun... tp terlepas..... ta tau ler naper... mungkin nak bg chance kat member yg belum kena sangkut joran lagi kot... hahahah

p/s: masa tuh pak rimo tak dpt ikan lagi... Laughing

Post Tue Mar 06, 2007 5:42 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
This forum is locked: you cannot post, reply to, or edit topics. This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.

Jump to:  


Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com