G. Jerai dari kejauhan... 4 ayaq terjun, 1 yang paling besar iaitu Seri Perigi. Tak nampak kot sbb kamera ni takleh zoom. Garisan putih kat G. Jerai tu adalah ayaq terjun
Orang2 Siam yang ditangkap semasa cubaan menyerang Kota Kola Kedah
Kisahnya... Kota Kola Kedah ni merupakan pertahanan Kedah dari serangan Siam dan Bugis. Kebalnya kota ini hingga tak siapa pon dapat menembusi pertahanannya. Tapi... Siam mmg licik. Terkenal dengan tipu helah.
Depa kata nak berdamai dan mai melawat Kedah. Orang Kedah bukak pintu kota bagi depa masuk melawat. Sebaik saja depa masuk, depa buat serangan mengejut. Dan jatuhlah Kedah ke tangan Siam....
Raja Kedah berundur dan mengatur serangan balas. Serangan balas yang hebat telah menyebabkan Siam kalah teruk dan mengakibatkan Siam kehilangan wilayah mereka dimana kerajaan Kedah telah menakluki Siam sampai ke Pattani.
Setelah berbalas serangan demi serangan, Kedah akhirnya berundur semula hingga kekal kerajaan Kedah seperti yang ada pada hari ini dan tinggallah sesetengah orang Melayu dalam kerajaan Siam seperti yang ada di bbrp wilayah Siam termasuk Pattani... _________________ Live Free, Ride Well
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum