DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Fri Jul 25, 2008 9:26 pm   

DIY Motosikal Forum Index -> Laporan aktiviti

Laporan : LTDL 2007 - Day 4 :: Selasa, 1 Mei, 2007
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393
Laporan : LTDL 2007 - Day 4 :: Selasa, 1 Mei, 2007

Aiiyyoooo... kaddawulleeeyyyyy... dah pukoi 7 semua tak mangkit lagi. Lambat kalu, abih la semua kuih2 kampung. Aku start moto, panaihkan enjin, teruih pi beli nasi lemak ngan kuih.

Seperti yang dijangkakan, sebungkuih nasi lemak RM0.50. Kuih muih pulak 4 bijik RM1. Amek ja sesuka hati. Pagi tu mintak En. Din tolong buat ayaq hangat lagi. Mekasih bebyk la En. Din oooiiii... mana laaa kami nak cari ayaq hangat kat tempat2 camtu. Kalau ada electric kettle ok la. Tapi, dah En. Din tolong sediakan, lagi laaa senang reja Very Happy Very Happy Very Happy

Lepaih makan, masing2 dah tak sabaq2 nak naik Treetop Walk. "Sat la woi, aku tak minum lagi nih. Bini aku pon tak breakfast lagi. 10 minit nooo Very Happy Very Happy Very Happy "

Settle semua, kami pakat berjalan pi kat kaunter Treetop Walk
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:22 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

"Buleh mintak diskaun dak?"

"Berapa orang?"

"12 orang... alaaa... orang sini jugaaakkk... bawak kawan2 mai sini Very Happy Very Happy Very Happy "

"ok la.... sorang RM8"

Alhamdulillah Very Happy Very Happy Very Happy Naik Treetop Walk tu kena bayaq RM10 sorang. Dpt diskaun RM2 tu kira ok laa...

"wuih!~ tinggi... aku gayat..." Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Sekali lagi ID menjadi bahan lawak jenaka Laughing Laughing Laughing

"weih, mana buleh isap rokok lam kawasan nih? Mencemarkan persekitaran. Buleh kena saman tau"

"hah?!~ betoi ka?" ID terus memadamkan api rokok. Aku ngan wife aku tahan gelak lam perut macam tertelan ikan keli idup2 Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:25 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Seronok berjalan ataih tu. Dapat tengok pokok2 dari pelbagai jenis yang telah dilabelkan. Dapat tengok burung2 yang cantik dari jarak dekat. Bole tengok ayaq sungai mengalir deras di bawah kanopi. Dan yang paling syok, kami dapat amek gambaq kat kanopi terpanjang didunia iaitu sejauh 925m Smile

"woi! jom la lekaih. Satgi tak dan nak mandi sungai" nuaq mula menyatakan kerisauan. Setelah lebih kurang 40 minit kami berjalan kat atas tu, kami pon turun dan masuk ke kedai cenderamata. Ingatkan nak shopping cenderamata... tapi... kecewa... tak byk cenderamata kat situ. Yang ada pon dah nak abih stok. Aku ngan wife aku amek t-shirt sorang satu Smile

Kami balik semula ke chalet utk bersiap2 dengan segala kelengkapan mandi sungai. Aku tanya En. Din kat mana best. Dia pon bagi petua tempat yang best utk pi mandi. Bebudak nih terus tala pi jambatan sbb tang tu mmg nampak best utk mandi. Tapi.... terlampau ramai orang... dah jadi tadak privacy.

Aku pon ajak depa cari tpt yang disarankan oleh En. Din...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:30 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Tempat ni mmg buleh bagi A laaa Very Happy Very Happy Very Happy kolam besar yang amat dengan arus tak deras sgt dan batu tak byk. Mmg bole bersuka2an dengan senang hati dan yang paling utama, group kami saja dok tang tu Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

Mandi manda pelbagai stail. Aku jalankan sedikit kajian ringkas utk memastikan kawasan selamat utk mandi manda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Mmg ada bahagian air berputar masuk dan keluar. Masing2 diarahkan utk berjaga2 ketika melalui kawasan putaran air.

Terjun tiruk mmg syok kat situ Very Happy Very Happy Very Happy Ayaq jernih sejernih2nya mengalahkan swimming pool. Kalau ada orang mencemarkan sungai nih, aku rasa eloklah kalau orang tu dibuang negara Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

Tgh2 mandi, FZL sampai Very Happy Very Happy Very Happy Dapat jugak dia cari kami Very Happy Very Happy Very Happy oopppsss... lupa nak habaq... maCx ngan nuaq mai pagi2 buta kat Treetop Walk. Depa sampai dalam pukoi 2 pagi. Gila Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:35 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

"Dah la tu ooiii!!!~~ Nak balik KL pulak Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad "

Lebih kurang pukoi 1 baru semua pakat naik. Siap2 dan packing2 barang, aku jugak yang jadi last sekali. Yang tensennya, bilik aku kena pakai toilet luar. Orang ramai pon tumpang toilet tu. Time aku nak mandi, ayaq abih Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

Last2 aku masuk mandi kat toilet dalam dorm. Masa tu dah pukoi 2 lebih dah. Kesian hangpa semua kena tunggu aku dari mula ride sampai abih ride. Mintak maaf bebyk Sad Sad Sad

Dalam lebih kurang pukoi 3, semua bersiap sedia nak keluaq dari Treetop Walk Kg. Sedim. Rupa2nya... JALAN JEM!!~~ Tak sangka betoi... jalan dalam dusun pon buleh jem. Punya la ramai manusia sampai parking penuh. Jalan pulak ngam2 utk sebuah keta lalu. Mmg jem teruk gila kat dalam hutan tuh.

Lebih kurang 1520 ptg, kami dapat sampai kat warung tepi jalan yang kami lepak makan ptg semalam. Panaih gila... order ayaq minum dulu... Lebih kurang pukoi 4, kami bertolak menuju umah gbum. Laluan sekali lagi melalui jalan kampung berliku2 dengan binatang ternakan sebagai pengguna utama jalanraya tersebut untuk melintas.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:43 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Singgah Caltex Sg. Kob utk refuel sambil menjenguk toilet Very Happy Very Happy Very Happy Lepaih refuel, kami terus sambung perjalanan menuju Kulim. Kali ni agak speeding sikit sbb dah terlampau lewat dari jadual asal. Singgah kat Shell Kulim sbb trunksz ngan aku nak amek duit. Paihtu teruih jalan menuju umah gbum.

Sebaik saja kami masuk simpang ke jalan Kulim - Junjung, gbum dah siap tunggu tepi jalan. trunksz dengan demam Wild Hogs telah cuba memancing gbum utk buat adegan tumbuk gaya Wild Hogs. POODDAAHHHCHAAAIITTT!!!~~~ Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing

1630... umah gbum. Mintak maaf byk2 la tuan rumah. Kami lambat sampai.

"Takpa... janji mai"

Mmg pi punyaaa... masing2 dah kebuloq tahap pelarian. Lepaih mandi sungai tadi mana kami makan apa lagi? Teruih ja tala umah hang Very Happy Very Happy Very Happy

Makan mmg A laaa... lama tak jumpak nasi dagin Smile Tengkiu byk2 kat gbum dan keluarga Smile Smile Smile
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 7:48 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Lepaih makan pakat jadi ulaq sawa pulaaakkkk... ngan aku2 sekali tidoq Laughing Laughing Laughing Memandangkan semua orang keletihan dan kekenyangan, aku pon releks la sekali... tak payah la strict sangat pasal timing. Kita nak enjoy, bukan nak stress Wink

Lepaih solat Maghrib, kami bertolak dari umah gbum dalam pukoi 2000 hours. Mekasih bebyk la gbum and family Smile Smile Smile Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan Smile

Sekali lagi... selagi tak masuk hi-way, mesti melalui jalan berliku2 dan... GELAP GELITA Shocked Shocked Shocked Aku bawak slow ja kat jalan ni sbb... dah cakap byk kali dah Very Happy Very Happy Very Happy

Tak lama kendian, kami sampai kat exit tol Jawi. Lepak sat tunggu trunksz yang singgah beli 2T Petronas. Sebaik saja trunksz sampai, kami terus masuk hi-way dan meluncur laju menuju R&R G. Semanggol.

Sampai R&R G. Semanggol dalam pukoi 2100 malam. Lepak minum2 sambil gelak2 Very Happy Very Happy Very Happy Dalam 2130 kami sambung lagi perjalanan menuju R&R Simpang Pulai.

ooo... lupa nak habaq... nuaq bertolak pukoi 10 mlm tadi pi ke Ipoh. Paihtu tinggai moto kat opis maCx dan naik keta maCx pi ke Kg. Sedim. Tu yang depa sampai sana pukoi 2 pagi tu Very Happy Very Happy Very Happy So, la ni nuaq kena pi amek la moto dia kat opis maCx.

Kami sampai kat R&R Simpang Pulai teruih refuel. Tak lama lepaih tu nuaq sampai. Lepak2 minum2, dlm pukoi 0000 pagi kami bertolak menuju KL. Bawak sat laju sat pelan. Alhamdulillah, cuaca TERAMAT BAIK pada malam tu. Syukurlah... Allah telah memudahkan urusan kami Smile

Sampai R&R Ulu Bernam dalam pukoi 0100 pagi. Lepak2 dan minum2. Masing2 mata dah kuyu. Wife aku dah tak sabaq2 nak balik. Abg rozai, schumi ngan trunksz macam nak lepak ja lagi. Aku terpaksa balik dulu. nuaq ngan ID pon nak balik jugak. Kami berpisah kat R&R Ulu Bernam.

0200 pagi, bertolak menuju Sg. Buloh. Alhamdulillah, selamat sampai umah pukoi 0240 pagi. Semuanya telah selesai dengan seribu satu kenangan manis dan nikmat keselamatan dalam perjalanan yang tidak dapat dijual beli. Syukur kepada Allah yang telah melimpahkan kurnia rahmatNya.

Semoga kita bertemu lagi di ride/aktiviti yang akan datang dan sama2lah kita qodo solat yang tertinggal Wink

Assalamualaikum W.B.T
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 8:15 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Mangkit oi!~ Dah siang dah!!~~



Kaco la pak rimau ni...



Ni musim utk beruang berhibernasi laaa


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 8:19 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

Breakfast masakan kampung Smile Ride kali ni serba kampung betoi... Sapa tak pi, jgn la nangih...





Jom woi jom!!~~





yesss!!~~~ tak sabaq2 dah nih Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 8:30 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1393

yeaaaa!!~~~ sampai jugak kita ke Treetop Walk Kg. Sedim setelah 4 hari merentasi negeri Langkasuka Very Happy Very Happy Very Happy



Kg. Sedi pulaaakkkk Very Happy Very Happy Very Happy



Saya mat salleh celup dari Jerman Utara


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 8:32 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com