 |
 |
The time now is Sat Oct 11, 2008 11:25 am |
|
|
|
| Author
|
Thread |
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y

Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1432
|
Laporan : LTDL 2007 - Day 4 :: Selasa, 1 Mei, 2007
Aiiyyoooo... kaddawulleeeyyyyy... dah pukoi 7 semua tak mangkit lagi. Lambat kalu, abih la semua kuih2 kampung. Aku start moto, panaihkan enjin, teruih pi beli nasi lemak ngan kuih.
Seperti yang dijangkakan, sebungkuih nasi lemak RM0.50. Kuih muih pulak 4 bijik RM1. Amek ja sesuka hati. Pagi tu mintak En. Din tolong buat ayaq hangat lagi. Mekasih bebyk la En. Din oooiiii... mana laaa kami nak cari ayaq hangat kat tempat2 camtu. Kalau ada electric kettle ok la. Tapi, dah En. Din tolong sediakan, lagi laaa senang reja
Lepaih makan, masing2 dah tak sabaq2 nak naik Treetop Walk. "Sat la woi, aku tak minum lagi nih. Bini aku pon tak breakfast lagi. 10 minit nooo "
Settle semua, kami pakat berjalan pi kat kaunter Treetop Walk _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
|
Thu May 03, 2007 7:22 pm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y

Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1432
|
Lepaih makan pakat jadi ulaq sawa pulaaakkkk... ngan aku2 sekali tidoq Memandangkan semua orang keletihan dan kekenyangan, aku pon releks la sekali... tak payah la strict sangat pasal timing. Kita nak enjoy, bukan nak stress
Lepaih solat Maghrib, kami bertolak dari umah gbum dalam pukoi 2000 hours. Mekasih bebyk la gbum and family Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan
Sekali lagi... selagi tak masuk hi-way, mesti melalui jalan berliku2 dan... GELAP GELITA Aku bawak slow ja kat jalan ni sbb... dah cakap byk kali dah
Tak lama kendian, kami sampai kat exit tol Jawi. Lepak sat tunggu trunksz yang singgah beli 2T Petronas. Sebaik saja trunksz sampai, kami terus masuk hi-way dan meluncur laju menuju R&R G. Semanggol.
Sampai R&R G. Semanggol dalam pukoi 2100 malam. Lepak minum2 sambil gelak2 Dalam 2130 kami sambung lagi perjalanan menuju R&R Simpang Pulai.
ooo... lupa nak habaq... nuaq bertolak pukoi 10 mlm tadi pi ke Ipoh. Paihtu tinggai moto kat opis maCx dan naik keta maCx pi ke Kg. Sedim. Tu yang depa sampai sana pukoi 2 pagi tu So, la ni nuaq kena pi amek la moto dia kat opis maCx.
Kami sampai kat R&R Simpang Pulai teruih refuel. Tak lama lepaih tu nuaq sampai. Lepak2 minum2, dlm pukoi 0000 pagi kami bertolak menuju KL. Bawak sat laju sat pelan. Alhamdulillah, cuaca TERAMAT BAIK pada malam tu. Syukurlah... Allah telah memudahkan urusan kami
Sampai R&R Ulu Bernam dalam pukoi 0100 pagi. Lepak2 dan minum2. Masing2 mata dah kuyu. Wife aku dah tak sabaq2 nak balik. Abg rozai, schumi ngan trunksz macam nak lepak ja lagi. Aku terpaksa balik dulu. nuaq ngan ID pon nak balik jugak. Kami berpisah kat R&R Ulu Bernam.
0200 pagi, bertolak menuju Sg. Buloh. Alhamdulillah, selamat sampai umah pukoi 0240 pagi. Semuanya telah selesai dengan seribu satu kenangan manis dan nikmat keselamatan dalam perjalanan yang tidak dapat dijual beli. Syukur kepada Allah yang telah melimpahkan kurnia rahmatNya.
Semoga kita bertemu lagi di ride/aktiviti yang akan datang dan sama2lah kita qodo solat yang tertinggal
Assalamualaikum W.B.T _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
|
Thu May 03, 2007 8:15 pm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|