Kali ni aku cerita benda yang paling simple dan mudah nak buat. Kisahnya begini... windscreen asal GPZ aku dah terlampau lama, berwarna kekuningan serta dah crack.
Jadi, aku pon carilah windscreen yang bole pasang kat moto aku dengan kos rendah, sekitar RM30-RM50. Cari punya cari, yang paling sesuai nak pasang adalah KRZ150. Maka jadilah camnih...
p/s: Buat tak reti jer ngan nombor plate tuh. Aku silap pasang. Dah betulkan dah
Windscreen ni seinci lebih pendek daripada windscreen asal
Disebabkan windscreen tu terlampau pendek, maka aku terpaksa menempuh angin kuat dalam perjalanan. Windscreen asal yang lebih panjang seinci pon dah kena angin kuat, apatah lagi yang seinci lebih pendek.
So... aku tak puaih ati jugak.... Ari Rabu lepas aku pegi Sentul, cari windscreen. Pilih punya pilih, semua tak ngam. Bahkan ZZR250 punya windscreen pon sekadar sama panjang dengan windscreen asal. Aku nak yang lebih panjang dan lebar supaya aku tak kena angin kuat
Jadi... aku amek ZX7 punya windscreen. Lebih lebar, lebih panjang serta ber"buih" Aku pon pasang.....
Dah jadi gedabak la pulaaakkkkk... Aku pon memutuskan utk memotong supaya dapat saiz yang lebih sesuai.
Proses ni sgt mudah. Terlampau mudah. Memula, tandakan bahagian yang nak potong dengan masking tape. Pastu, potong ler pakai gergaji. Hati2 ketika memotong. Jgn sampai crack pulak. Mahal wor natang nih. Aku beli RM100 kat Sentul. Aku mintak diskaun, cakap nak pasang sendiri. Dpt ler diskaun seploh hengget. Asalnya dia nak jual RM110 kat aku
Bila dah pasang windscreen lain, mounting utk windscreen mungkin sama, mungkin kena modify. Dlm kes aku, kena modify. 2 lubang pakai yang asal, lagi 2 lubang kena modify.
2 lubang bawah (kiri & kanan) masih pakai yang asal
2 lubang yang atas (kiri & kanan) kena modify. Aku tak tebuk lubang baru. Aku tambah bracket
Last edited by harimaumalaya on Sat Oct 20, 2007 9:53 am; edited 1 time in total
Sat Oct 20, 2007 9:47 am
harimaumalaya Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1434
Bracket tu senang jer nak buat. Takyah suruh kedai/bengkel. Beli jer 2 benda alah ni. Bracket tu, segulung RM10 kot... tak ingat la. Beli lama dah. Gunting besi tu RM15 jer
Dah siap semua, gosok bahagian kena potong tu dengan kikir besi supaya licin. Kesan potong dengan gergaji agak tajam. Silap2 bole luka tangan. So, kena kikir sikit bagi halus
Ni rupa kikir buat sesapa yang tak kenal kikir tu camner
Sekian kerastangan utk kali ini. Selamat mencuba _________________ Live Free, Ride Well
just for idea...kenapa tak mountingkan fering tue ke bhgn dalam cowling??
Sat Oct 20, 2007 10:18 am
trunksz Pomen D.I.Y
Joined: 22 Jan 2007
Posts: 97
heheheh.. nak komen bleh ka... hehe.. klu dah beli rega serat tuh awat hang tak beli givi nyer windscreen yg besar lagi... heheheh..... ader rasa nyesal tak..? sbb sayang potong zx nyer windscreen tuh...
Sat Oct 20, 2007 11:51 am
harimaumalaya Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1434
quote:Originally posted by muss:
perghh...tapi tak cantik la ..
just for idea...kenapa tak mountingkan fering tue ke bhgn dalam cowling??
cantik nombor 2-3-4-5-6-7-8. Yang penting dan nombor 1, praktikal Aku dah tak larat nak rempuh angin kat hi-way. Kali nih jaket aku dah tak mengembang. Speeding pon confident
mount ke sebelah dlm fairing? heheheheh dah try dulu dah, sbb tu buat kat luar.
1) Sangkut kat meter.
2) Cowling sebelah luar tu tak rata cam TZM. Ada lopak melengkung ke dalam. So, kalau letak kat belah dalam, nanti nampak lopak. _________________ Live Free, Ride Well
quote:Originally posted by trunksz:
heheheh.. nak komen bleh ka... hehe.. klu dah beli rega serat tuh awat hang tak beli givi nyer windscreen yg besar lagi... heheheh..... ader rasa nyesal tak..? sbb sayang potong zx nyer windscreen tuh...
Mana ada nyesal? Cowling GiVi yang besar tu lagi laaaa menyusahkan aku nak memotong + takde buble lak tu.
Ni dah ada buble + potong tepi sikit jer Kerja senang Buble tu membuang angin terus ke atas helmet. Badan mmg tak bergegar semasa bawak laju. Syok wooorrr
Tak lawa? Meh melepak ngan aku tolong bagi idea kot mana nak potong bagi lawa. Tu hasil keje buat sorang2. Kalau ada ramai, bole tolong kasi idea sorang sikit
Hangpa semua keje. Aku sorang2 terkulat2 kat umah ni ha... nasib baik ada tengku roy ajak pi tgk motorshow. _________________ Live Free, Ride Well
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum