DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 9:08 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Sembang apa saja

ESky Belt-CP: Helikopter kawalan jauh 6 channel
Goto page Previous  1, 2
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Re: Cadangan untuk training

quote:
Originally posted by unpro:


sama2 mau belajar ma.

found another simulator, heli-x.com Make sure you click on the english flag on the top left else you will twist your tongue reading german/dutch.

this is a 100mb download without the heli models.


Bagus bagus bagus Laughing Ada jugak orang rekemen RealFlight G4. Tapi, benda alah ni tak free. Ada jugak yg rekemen Aerofly Professional, pon tak free gak.

Aku tgh download PhoenixRC kat Torrent. Taktau lagi bole install ke tak. Tu pon sebenarnya tak free gak Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 2:07 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Jadi... kalau sesiapa yg berminat nak main heli 6ch, aku rekemen sesgt beli Belt-CP nih. Saiz dia agak besar berbanding sesetengah heli 6ch yg lain cam Honey Bee King atau Honey Bee CP2. Lebih besar = lebih berat = lebih daya melawan angin = kurang terhoyong hayang.

Cuma, ada bbrp isu dengan produk ESky yg aku sendiri telah temui dan jugak org lain pon dah ramai komplen.

1) Servo mudah lingkup.
Kan aku crash kali ketiga sbb tu Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Tukar kepada servo jenis TowerPro 9g. Lebih tahan lasak serta lebih response terhadap kawalan

2) Transmitter (radio) ada glitch
Heli aku kengkadang bergerak sendiri tanpa input. Kengkadang ekor terkodek2, bebaru ni kena bergegar pulak kiri kanan. Ada dua penyelesaian terhadap masalah nih

- Tukar trasmitter kpd jenis bagus dan mahal. Ni hampir 100% orang buat. Hampir semua orang suruh aku tukar. Mmg bagus sbb bole configure heli mengikut kesesuaian kita; secara digital pulak lagi tuh. Tapi... aku takde duit Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad

- Repair secara DIY Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Dalam kes aku, tadak rosak apa2 pon... bukak, sembur pakai semburan utk alat elektronik, pasang balik. Dah. Siap. Sampai sekarang, Alhamdulillah semua berfungsi dengan cantik Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed May 21, 2008 2:14 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Web Links

Kat bawah ni aku senaraikan bbrp link yg menjadi rujukan utama.

umranRC ::> http://www.umranrc.com
malaysia-rc ::> http://www.malaysia-rc.com

p/s: malaysia-rc takdak kena mengena ngan forum yg kena ban ngan ahli dia tuh Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

Heli merupakan sebuah mesin yg agak kompleks berbanding kapal terbang. Heli ada byk sgt komponen mekanikal yg bergerak. Gear sana sini, belt lagi, controlling shaft lagi, linkage lagi, semua tu memerlukan setting yg betul dan TEPAT. Kalau tak betul, alamat mencium tanah ler jawabnya.

Sila rujuk link di bawah. Aku malas nak translate. Baca ler sendiri. Kalau tak berani buat sendiri, meh kita DIY sama2 Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Alaaa... abih2 kuat pon Damage It Yourself laa Laughing Laughing Laughing

p/s: Damage It Yourself is an intellectual property of alang Very Happy

Belt CP Setup
http://www.helifreak.com/showthread.php?t=68536

Belt CP Transmitter (radio/remote control)
http://www.helifreak.com/showthread.php?t=68558

Belt CP Instructional Video
http://www.helifreak.com/showthread.php?t=68592
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 22, 2008 10:01 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Setelah berhempas pulas berlatih, disertai dengan tak kurang dari 6 kali crash, maka inilah pencapaian aku setelah 8 minggu

http://www.youtube.com/watch?v=Fo_9XdFKrHI

Yg ni lak, fresh pagi ni punya (6 Jun 2008). Cubaan utk terbang dekat ngan kamera Very Happy

http://www.youtube.com/watch?v=x4GvmV0oKcg

Yg ni tghari ni punya (7 Jun 2008). Jom terbang Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

http://www.youtube.com/watch?v=X2vnXdzFKbQ
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jun 04, 2008 12:56 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

2 kali sehari,
7 hari seminggu,
2 bijik bateri setiap kali pada 4 minggu pertama,
3 bijik bateri setiap kali pada 4 minggu kedua,
dan kini.... setelah genap 9 minggu usia Belt-CP
maka ia diisytiharkan telah meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 8 pagi Jumaat, 13 Jun, 2008

Belt-CP dianggarkan telah melakukan kira2 (2 x 7 x 2 x 4 x 10 minit) = 1120 minit atau bersamaan dengan 19 jam penerbangan pada bulan pertama (4 minggu) dan (2 x 7 x 3 x 5 x 10 minit) = 2100 minit atau bersamaan dengan 35 jam penerbangan pada bulan kedua (4 minggu + 1 minggu terakhir). Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerbangan adalah 54jam atau bersamaan dengan 2.25 hari Very Happy Very Happy Very Happy

Penerbangan terakhir pada ptg Khamis, 12 Jun 2008 telah berakhir dengan kemalangan apabila elevator gagal berfungsi dan menyebabkan helikopter gostan kebelakang. Setelah heli terlepas kebelakang pilot, ia dikatakan terhempas dari ketinggian kira2 1000milikaki saja. Tapi kerosakan daripada kemalangan tersebut amat parah kerana ia terhempas secara terbalik.

Hasil siasatan mendapati
- main shaft bengkok
- controlling shaft patah
- tail shaft bengkok
- tail boom patah
- main gear loose
dan.... chasis telah longgar dan tidak mampu lagi memegang tail boom.

Kemalangan tersebut dikatakan punca Belt-CP jatuh sakit dan nazak namun pemiliknya telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa heli tersebut dengan mengetuk semua shaft yg bengkok supaya betul semula dan menggantikan semua komponen yg patah.

Pada pagi ini, Jumaat, 13 Jun 2008, Belt-CP yg masih lemah dan belum pulih sepenuhnya telah menjalani ujian terapi penerbangan utk memeriksa samaada ia mampu terbang dengan shaft bengkok yg telah diketuk semula.

Heli malang tersebut dikatakan telah dipaksa terbang sehingga mencecah ketinggian 2m tetapi menunjukkan tanda2 ketidakstabilan apabila kedudukan kipas ekornya mula bergerak dari menegak kepada melintang akibat daripada chasis yg lemah dan tidak mampu memegang tail boom.

Pemiliknya dikatakan telah mendaratkan heli dengan selamat dan cuba mengetatkan semula chasis agar tail boom dapat diikat dengan kuat. Selesai operasi mengetatkan chasis, heli tersebut dipaksa melalui ujian terbang sekali lagi namun ia berakhir dengan kemalangan setelah sekali lagi ekor berubah kedudukan dari menegak kepada melintang dan mengakibatkan heli berpusing2 diudara bbrp kali sebelum terhempas ke tanah dalam keadaan yg amat sadis sekali.

Pemiliknya ketika ditanya mengenai hal ini telah memberikan komen seperti berikut:

"Aku nak releks dulu la... byk dah duit abih sepanjang 2 bulan nih" Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/


Last edited by harimaumalaya on Wed Jul 09, 2008 12:17 am; edited 2 times in total

Post Fri Jun 13, 2008 4:42 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Berikut adalah visual yg sempat dirakamkan semasa kemalangan yg meragut nyawa Belt-CP

http://www.youtube.com/watch?v=TfvmU3d0cfI
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Wed Jun 18, 2008 1:03 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
unpro



Joined: 06 Feb 2007
Posts: 12


quote:
Kemalangan tersebut dikatakan punca Belt-CP jatuh sakit dan nazak namun pemiliknya telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa heli tersebut dengan mengetuk semua shaft yg bengkok supaya betul semula dan menggantikan semua komponen yg patah.


aku boleh bayangkan ko mengcangkung tepi dapur sambil berpeluh2 mengetuk shaft atas bangku kayu kecik, dengan anak kucing duduk disebelah sambil menjilat kaki.

p.s. : belum beli heli lagi sebab nak kena beli tayar depan motor dulu.

Post Wed Jun 18, 2008 3:04 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

quote:
Originally posted by unpro:

aku boleh bayangkan ko mengcangkung tepi dapur sambil berpeluh2 mengetuk shaft atas bangku kayu kecik, dengan anak kucing duduk disebelah sambil menjilat kaki.

p.s. : belum beli heli lagi sebab nak kena beli tayar depan motor dulu.


hahahaha Laughing Laughing Laughing

Takpa.. pelan2 beli.. yg pasti, lebih byk duit keluar berbanding main moto Wink

Crash ptg Khamis dan diisytiharkan telah mati akibat daripada:
- Main shaft bengkok
- Feathering shaft bengkok
- Tail shaft bengkok
- Controlling shaft patah
- Tail boom bengkok
- Chasis terkopak dibahagian yg memegang tail boom

serta setting lari dibahagian rotor head.






_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Last edited by harimaumalaya on Fri Jun 20, 2008 4:28 pm; edited 1 time in total

Post Fri Jun 20, 2008 4:24 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Khamis mlm Jumaat, rebuild dan cuba fly lagi pagi Jumaat. Crash lagi sbb chasis takleh grip tail boom. Ekor berpusing jadi melintang. Heli berpusing2 dan jatuh gedebuak. No pics, no vids.

Sabtu rebuild lagi. Belt-CP Frankenstein. Drill lubang kat chasis, masukkan skru panjang dan ikat dengan nut dari sebelah sana. Tail boom dpt grip semula.

Sabtu ptg test flight, konpom heli stabil. Rock solid, static hover. Bro ajam sendiri jadi saksi kestabilan Belt-CP Frankenstein.

Sabtu mlm, first battery pack, dpt hover. Hati mula terdetik riang bahawa Belt-CP Frankenstein dpt hidup lama. Tapi... second battery pack menjelaskan segala2nya tentang ketidakbolehpercayaan terhadap radio ESky.










_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Fri Jun 20, 2008 4:26 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page Previous  1, 2

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com