|
|
The time now is Sat May 18, 2024 7:25 pm |
|
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
Author
|
Thread |
|
|
|
|
|
|
harimaumalaya
Pomen D.I.Y
Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
|
2 kali sehari,
7 hari seminggu,
2 bijik bateri setiap kali pada 4 minggu pertama,
3 bijik bateri setiap kali pada 4 minggu kedua,
dan kini.... setelah genap 9 minggu usia Belt-CP
maka ia diisytiharkan telah meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 8 pagi Jumaat, 13 Jun, 2008
Belt-CP dianggarkan telah melakukan kira2 (2 x 7 x 2 x 4 x 10 minit) = 1120 minit atau bersamaan dengan 19 jam penerbangan pada bulan pertama (4 minggu) dan (2 x 7 x 3 x 5 x 10 minit) = 2100 minit atau bersamaan dengan 35 jam penerbangan pada bulan kedua (4 minggu + 1 minggu terakhir). Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerbangan adalah 54jam atau bersamaan dengan 2.25 hari
Penerbangan terakhir pada ptg Khamis, 12 Jun 2008 telah berakhir dengan kemalangan apabila elevator gagal berfungsi dan menyebabkan helikopter gostan kebelakang. Setelah heli terlepas kebelakang pilot, ia dikatakan terhempas dari ketinggian kira2 1000milikaki saja. Tapi kerosakan daripada kemalangan tersebut amat parah kerana ia terhempas secara terbalik.
Hasil siasatan mendapati
- main shaft bengkok
- controlling shaft patah
- tail shaft bengkok
- tail boom patah
- main gear loose
dan.... chasis telah longgar dan tidak mampu lagi memegang tail boom.
Kemalangan tersebut dikatakan punca Belt-CP jatuh sakit dan nazak namun pemiliknya telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa heli tersebut dengan mengetuk semua shaft yg bengkok supaya betul semula dan menggantikan semua komponen yg patah.
Pada pagi ini, Jumaat, 13 Jun 2008, Belt-CP yg masih lemah dan belum pulih sepenuhnya telah menjalani ujian terapi penerbangan utk memeriksa samaada ia mampu terbang dengan shaft bengkok yg telah diketuk semula.
Heli malang tersebut dikatakan telah dipaksa terbang sehingga mencecah ketinggian 2m tetapi menunjukkan tanda2 ketidakstabilan apabila kedudukan kipas ekornya mula bergerak dari menegak kepada melintang akibat daripada chasis yg lemah dan tidak mampu memegang tail boom.
Pemiliknya dikatakan telah mendaratkan heli dengan selamat dan cuba mengetatkan semula chasis agar tail boom dapat diikat dengan kuat. Selesai operasi mengetatkan chasis, heli tersebut dipaksa melalui ujian terbang sekali lagi namun ia berakhir dengan kemalangan setelah sekali lagi ekor berubah kedudukan dari menegak kepada melintang dan mengakibatkan heli berpusing2 diudara bbrp kali sebelum terhempas ke tanah dalam keadaan yg amat sadis sekali.
Pemiliknya ketika ditanya mengenai hal ini telah memberikan komen seperti berikut:
"Aku nak releks dulu la... byk dah duit abih sepanjang 2 bulan nih" _________________ Live Free, Ride Well
http://malayantiger.blogspot.com/
Last edited by harimaumalaya on Wed Jul 09, 2008 12:17 am; edited 2 times in total
|
Fri Jun 13, 2008 4:42 pm |
|
|
|
unpro
Joined: 06 Feb 2007
Posts: 12
|
quote:
Kemalangan tersebut dikatakan punca Belt-CP jatuh sakit dan nazak namun pemiliknya telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa heli tersebut dengan mengetuk semua shaft yg bengkok supaya betul semula dan menggantikan semua komponen yg patah.
aku boleh bayangkan ko mengcangkung tepi dapur sambil berpeluh2 mengetuk shaft atas bangku kayu kecik, dengan anak kucing duduk disebelah sambil menjilat kaki.
p.s. : belum beli heli lagi sebab nak kena beli tayar depan motor dulu.
|
Wed Jun 18, 2008 3:04 pm |
|
|
|
|
|
Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|