DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Wed Jun 26, 2024 9:46 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Laporan aktiviti

Laporan : LTDL 2007 - Day 1 :: Sabtu, 28 April, 2007
Goto page Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

FZL dah lama tunggu kami kat Caltex Seberang Jaya. Kami lepak2 sat kat situ sambil SMS kat lipanz. Ramai yang refuel dan minum2 sementara menunggu lipanz. Badan dah mula berpeluh sbb cuaca yang panas. Lama tunggu lipanz. Last2 kami pon memutuskan untuk teruskan perjalanan.

Dalam pukoi 1100 pagi, kami memulakan pergerakan. Pit stop pertama, BSN belakang Caltex. Punya la byk moto dengan bunyi bising segala macam. Sekali tengok macam geng moto jahat nak merompak bank. Tapi... cuma abg. rozai sorang ja nak cucuk duit Laughing Laughing Laughing

Kami memulakan perjalanan dengan melalui exit Sg. Dua menuju Kepala Batas. sedi3 nak tengok Lahaq Yooi. ID nak ketatkan rantai moto yang kendoq. Aku pon bawak moto melalui jalan kampung. Rupa2nya aku tersalah simpang. Kami "ter"lalu jalan kampung yang tak lalu Lahaq Yooi. Mintak maaf bebyk dato' sedi3. Aku sampai terlupa ID nak ketatkan rantai moto hinggalah sampai kat sebuah lampu trafik, dia mengingatkan aku.

Sebaik saja sampai kat Pajak Song, aku nampak bengkel kat tepi jalan. Terus berenti kat situ untuk tunggu ID ketatkan rantai moto. Si mior pon tumpang sekaki nak ketatkan rantai moto.

"Hangpa tau ka? Ni la kampung Pak Lah. Hari ni kita lalu kampung PM la. Esok kita lalu kampung PM sebelum ni pulak Smile " aku memulakan cerita. Tapi, seorang rakyat Malaysia yang tak patriotik berkata kat aku "Sori la Pak Rimau, aku kurang amek tau sikit pasal benda2 nih" ceh... yapperdaaa.... hantaq pi Indon baru tau Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 2:38 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Selesai ketatkan rantai moto, kami sambung perjalanan menuju Kepala Batas. Kedukaan dato' sedi3 kerana tak dapat melalui Lahar Yooi terubat setelah kami melalui Lahar Ikan Mati dan Lahar Kepar Laughing ditambah pulak dato' sedi3 ternampak sign board sebuah kampung yang terdapat dalam kawasan itu bernama Permatang 2 Ringgit Doktor maCx gelak sorang2 lam keta Laughing Laughing Laughing

Kami sampai kat Jambatan Merdeka dalam lebih kurang pukoi 12. Jambatan Merdeka tgh renovate. Tak nampak perkataan "Jambatan Merdeka 1948" tertulis kat situ. FZL kata bukan 1948, tapi 1957. Aku pon tak ingat mana satu yang betoi Very Happy Very Happy Very Happy

Lepaih amek gambaq, kami sambung perjalanan. Tak sampai 100m, kami berenti lagi. Aku, kamen, mior ngan ID amek gambaq kat landmark yang menandakan kemasukan kami ke negeri Kedah. Yang lain2 dah tak larat nak amek gambaq. Cuaca mmg panaih gila. Aku dah kata.... Kedah ni mmg panaih berbanding negeri lain dalam Semenanjung Tanah Melayu... toksah la belagak.. bukak la jaket tuuu Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 2:54 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Jalan lagi... kami melalui Tikam Batu dan melencong menuju ke Semeling melalui jalan baru yang membolehkan konvoi bergerak lancar tanpa perlu memasuki pekan Sg. Petani ataupun Sg. Layar.

Jalan yang melalui kawasan bendang yang luas serta menyeberangi bbrp jambatan sungguh menarik. trunksz nyaris2 menangis atas moto setelah melihat begitu byk tpt2 persinggahan yang menarik utk memancing ikan. Tambah menyedihkan lagi apabila melalui sebuah jambatan yang merentasi kawasan paya bakau yang tenang. Lebih mengharukan beliau ialah merentasi Sg. Semeling yang menyediakan bot utk orang pi mengail ikan di laut. Sakit hati beliau setelah melihat papan tanda "Dilarang Memancing" di atas jambatan Sg. Semeling Laughing Laughing Laughing

Pekan Semeling... sebuah pekan kecil tempat aku berjalan2 kalau aku balik kampong sebelah almarhum bapak aku. Bekas umah tok aku cuma sekilo dari pekan kecik tu. Pekan tu tak jauh berubah daripada keadaan asal sejak 20 tahun dulu...

Lapaq. Dah tghari tapi tak makan lagi. Kami melalui jalan kampung yang berliku2 menuju pekan Merbok. Sebuah lagi pekan kecil tempat aku bertendang. Bekas dusun tok aku tak jauh dari situ. Semasa melalui UiTM Merbok, nampak adioz88 kat bawah pokok. Aku bagi isyarat utk terus jumpa kat depan.

Kami singgah kat pekan Merbok utk makan tghari. Aku, wife aku, sedi3 ngan maCx dok semeja. Kami amek nasi + lauk + ulam + ayaq. 4 orang makan, semua sekali RM14 saja. Kenapa? Tak percaya ka? Percayalah....

Abg rozai yang duduk makan semeja ngan yang lain2 kata "Kalau macam nih, sampai esok pon duit tak abih. Sapa nak makan lagi?" Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:03 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Selesai makan... semua dah dapat balik mood utk berjalan2. adioz88 mengepalai rombongan masuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kami bawak moto sejauh 2km melalui dusun buah2an. Pemandangan yang indah dan permai yang tak dapat digambarkan dengan gambar, apatah lagi kata2... hanya yang tengok live saja dapat menikmatinya Smile

Sampai sana, kami pakat amek gambaq. Macam2 gaya bergambaq ada. Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu2nya muzium yang terdapat candi atau kuil yang dibina pada zaman Hindu-Buddha di Langkasuka (Kedah). Ia juga merupakan satu2nya tapak candi yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu.... Tengok gambaq? Mana sama dengan pi tengok sendiri Wink Smile Smile Smile

Selesai bergambaq kat sini, semua dah tak sabaq2 nak mandi sungai. Dari pagi tak mandi2. Tengok ayaq kat sungai depan candi, tadak pulak nafsu nak terjun tiruk kat situ sbb ayaq kering. Kami pon bergegas menuju Yan Kechil....
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:11 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

"Minum nira nipah dulu oi!"

Kami berenti kat gerai nira nipah kat tepi jalan. Beli sorang sebungkuih. Minum tak ingat donia Very Happy Very Happy Very Happy Nira nipah ni agak pekat sikit dari yang kami minum kat Perak. Campuran air dan nipah berbeza. Manisnya lebih terasa. Ada yang tak larat nak abihkan nira dan pass kat kengkawan. RM2 sebungkuih nira jauh lebih byk dari yang kami minum kat Perak. Mmg ada yang tak larat nak abihkan...

Abih minum, terus masuk ke Titi Hayun. Masing2 mmg betoi2 letih. Letih sbb panaih, letih sbb tak cukup tidoq, letih sbb ride dalam panaih dan tak cukup tidoq. Kesian aku tengok muka sekoq2. Termasuk la tengok muka aku sekali Very Happy

Aku sembang ngan petugas kat Titi Hayun... "Saya nak kensel tapak khemah, nak masuk chalet. Buleh ka?"

"Alamak... kensel tu takpa... nak masuk chalet tu yang tak berapa sedap... berapa chalet nak?"

"2 chalet. 1 yang sebuah, 1 yang kembaq"

"haaa... legaaa.... kalau lagu tu takpa la. Kalau byk chalet, kami tak buleh bagi pasai chalet penuh dah"

Rupa2nya ada kursus ntahapakebenda aku pon taktau. Budak2 sekolah dari Penang buat kursus. Alhamdulillah, dapat jugak chalet 2 bijik. Aku ngan wife aku masuk chalet sebuah. Semua peserta lain masuk chalet kembaq. Chalet sebuah, RM60 manakala chalet kembaq RM100.

Dapat masuk chalet, semua dah tak ingat pasai jalan2.... Naik ataih katil, teruih jalaaannnn....
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:20 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Sabtu 28 April, 2007, 1800 ptg. "Jom keluaq tgk sunset Very Happy"

Semua peserta keluaq meninggalkan abg. rozai ngan maCx kat dalam chalet. Kami menuju Pantai Murni yang terletak cuma bbrp kilo dari Titi Hayun. Dari kawasan chalet kami keluaq semula ke pekan Yan Kechil. Kami menyeberangi jalan utama dan masuk ke jalan kecil menuju pantai.

Setibanya kami ke Pantai Murni, terperasan seseorang yang sedang membuai di atas buaian. Sesapa yang dan tengok tu, dia tengok la... sapa yang tak dan tengok, kesian la Laughing Laughing Laughing errr... bini aku tak ikut heh Very Happy Very Happy Very Happy

Makanan kat Pantai Murni sedap. View pon cantik. Order la apa nasik pon, semua sedap. Konon2 nak amek gambaq matahari terbenam. Tapi disebabkan awan tebal, tak dapat nak amek gambaq sunset...

"Abg, kat sini ada jual losyen tak? Kulit saya dah sun burn aaa" Laughing Laughing Laughing

Mana ada juai losyen ID oi... sini kampung... orang kampung mana pakai losyen2 sun block semua nih Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing

Kami balik chalet dan rehat... aku tidoq dari 8 mlm sampai 8 pagi. Tidoq utk 2 mlm punya Smile Abih terbabas solat Subuh Crying or Very sad
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:29 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

RV kat R&R G. Semanggol Smile






_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:33 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Tarian Ulala yang dipersembahkan oleh maCx setibanya kami di kampung Pak Lah




_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:34 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Elok lagi perahu ni.. buleh ler teman bawak pegi ngail lampam






_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:37 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Ini bukan perabot antik lagi dah, ini perabot kuno. Takleh beli punya. Buat installment pon tak dapat. Kot Memot mmg tadak juai. Sapa nak tengok kena mai.


_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 3:40 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com