DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Wed Jun 26, 2024 9:36 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Laporan aktiviti

Laporan : LTDL 2007 - Day 3 :: Isnin, April 30, 2007
Goto page 1, 2, 3, 4  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Laporan : LTDL 2007 - Day 3 :: Isnin, April 30, 2007

Dan mentari pagi pon bersinar... Kami mangkit lewat macam hari2 yang sebelumnya. Kelam kabut packing sbb takut pengunjung mai awai. Rupa2nya mmg betul. Ramai orang mai berkelah seawal jam 8 pagi Shocked Shocked Shocked

Hari ketiga... merupakan hari dimana kami akan menempuh perjalanan paling jauh sepanjang LTDL (perjalanan dari KL tak dikira). Dari Bkt. Wang kami akan menuju ke Kg. Sedim melalui K. Nerang - Nami - Naka - Gulau - Sik dan Baling. Cuaca dijangka cerah sepanjang jalan.

Selesai packing barang, kami breakfast siap2 kat gerai yang kami lepak utk supper mlm tadi. Konpom depa semua manusia Laughing Laughing Laughing Nasi lemak harga biasa, RM0.50 sebungkuih. Minum ayaq apa bala semua sekali, aku ngan wife aku spend tak sampai RM5.

adioz88 pulak, dan lagi lari mai sat jumpa kami kat Bkt. Wang. Lepaih breakfast, kami semua memulakan perjalanan yang jauh manakala adioz88 terpaksa ke Kuala Perlis.

Dalam lebih kurang 1030 pagi, semua bergerak meninggalkan Bkt. Wang...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:18 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

"woi, ni la kampong Don Very Happy Very Happy Very Happy "

Kami sampai ke Kuala Nerang kira2 1/2 jam kemudian. Semasa dalam perjalanan, satu insiden kecil berlaku melibatkan signal harimau kumbang albino dato' sedi3. Ntah cemana sebatang kayu melantun naik terkena signal tersebut lalu memecahkannya. Sedih betoi dato' sedi3. Dia melilau kesana-sini mencari signal. Sayangnya... bengkel kat K. Nerang tak juai signal panther. Nak kena komplen kat papa Don nih Evil or Very Mad

Kami refuel kat Shell K. Nerang. Semua orang diberikan penerangan mengenai perjalanan yang bakal ditempuhi. Dari K. Nerang kami akan menempuh hutan belantara dengan jalan yang kecil serta bengkang bengkok. Tiada pekan yang akan ditemui sehinggalah kami tiba di Sik. Di sepanjang perjalanan cuma ada bbrp kampung kecil. Semua riders perlu dikehendaki agar berhati2 kerana dikhuatiri terdapat binatang yang melintas.

Dalam pukoi 1130 pagi, kami memulakan perjalanan menuju Sik... Mmg bengkang bengkok betoi jalan dia. Sesekali ada binatang kecil melintas. Jalan dalam keadaan mendaki yang tidak curam menyebabkan kami tak terasa macam mendaki sgt. Tak lama lepaih tu, ada satu sign board "Jambatan Sempit"

Ingatkan jambatan sempit macam biasa la, tadak apa yang spesel. Rupa2nya, mmg sempit betoi. Nala punya sempit. Jalan yang ngam2 satu lane sebelah sini ngan satu lane sebelah sana telah menyempit diatas jambatan menjadikan 1/2 lane sebelah sini dan 1/2 lane sebelah sana. Lebih menggerunkan lagi, jambatan tu terlindung ketika jalan naik bukit dan cuma kelihatan semasa kami turun bukit curam Shocked

Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh semua peserta Smile Smile Smile
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:27 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Pengalaman menempuh laluan sempit dalam hutan belantara mmg sesuatu yang tak dapat dilupakan. Sampai ada orang nak beli Jaguh supaya tak payah risau pasal PV. Ada pulak yang nak beli moto dual purpose supaya senang nak naik turun bukit dengan kona2 pendek Laughing Laughing Laughing

Aku? Aku seronok tengok orang seronok Very Happy Very Happy Very Happy Rasa puas dan berbaloi bawak depa semua jalan. Lebih kurang 1230 tghari, kami singgah kat sebuah resort di Tasik Beris.

Aku masih ingat lagi... masa aku lalu tempat ni dulu, mana ada tasik? Tapi, masa aku recce jalan aritu, baru aku tau kata tempat ni dah jadi tasik sebab Empangan Beris telah dibina.

D'Puncak Bris nama diberi. Sebuah restoran di puncak bukit di Tasik Beris. Kami lepak konon2 saja nak amek gambaq ngan nak minum ayaq. Tapi, tengku roy ajak makan terus. Nanti takyah berenti kat pekan Sik lagi dah.

Aku pikiaq.... perjalanan jauh lagi dan kami dah delay sewaktu berlepas dari Bkt. Wang. So, takkan nak berenti 2-3 kali kot? Maka keputusan dibuat utk terus makan kat D' Puncak Bris.

"Kami ada chalet kat sini kalau nak tidoq sini" kata tuan punya restoran. woopppssss.... ok... takpa... lepaih ni kita pi tengok apa ada. Pakat minum ayaq nyoq sorang sebijik dengan mi/nasi goreng.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:34 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dalam dok teringin nak pi Tasik Banding, Bera, Kenyir, Cini, aku baru tau rupa2nya kat tempat sendiri pon ada Tasik Beris yang tak kurang bestnya Very Happy Very Happy Very Happy

Kami jalan2 sekitar chalet. Setiap sebuah bole disewa dengan harga RM50 dan bole memuatkan 5-6 orang. Tandas disediakan. Chalet tersebut berkonsepkan ala-kampung dengan dinding papan dan atap nipah Smile Sooooooo... nice Smile Smile Smile

Ada jugak dorm yang bole memuatkan 30 orang dengan selesa. Sewa dorm ni aku lupa pulak nak tanya kat Cikgu Rashid. Toilet semua cukup lengkap dalam dorm tu. Cuma... jamban kena cebok ayaq ngan mandi pakai ayaq kolah la Very Happy Very Happy Very Happy Kampung stail weih Wink Kena try ni Smile Smile Smile

Surau pon ada kat situ. Dengan konsep surau terbuka, surau ni cuma ada dinding separuh. Tak bukak kipas pon takpa. Angin yang bertiup sepoi2 bahasa bole masuk terus dalam surau. Pendek kata, sebaik saja kami melepak kat kawasan chalet tuh, terasa seolah2 berada dalam sebuah perkampungan semi tradisional Smile Smile Smile

"Kalau nak sewa bot pon buleh. RM50 sebuah, bole naik 5 orang. Buleh pi mengail. Sini byk lampam ngan haruan"

aiiiyyyyoooo... kaddawullleeeeyyyyy.....

"Seberang sana ada dusun. Kami dah deal ngan tuan dusun. Bayaq RM10 satu kepala, buleh makan buah sehari suntuk"

ammmmaaaaaaa....

"Belah sana ada ayaq terjun. Kita buleh pi ngan bot kalau nak pi mandi ayaq terjun"

AAARRRGGGHHHH!!!~~~ SUDAH CIKGU RASHID SUDAAAHHHH!!!~~~

Tak tahan.... mmg tak tahan... Lepaih ni kena repeat. Konpom kena repeat. Sapa2 nak pi, buleh kontek Cikgu Rashid

D'Puncak Bris Lake Resort
Lot 1171, Kg. Hj. Rasyid,
Empangan Beris,
08200 Sik, Kedah

013 429 0084
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:42 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Hujan.... aku memutuskan utk tunggu hujan berenti. Kalau pukoi 3 tak berenti gak, terpaksa jalan. Kalau tak, nanti sampai Kg. Sedim mlm.

Dari pukoi 1230, sampai pukoi 1500. 2 jam setengah kami lepak sana. Sejam utk makan dan solat, 1/2 jam melawat kawasan, lagi sejam tunggu ujan berenti. Namun tak berenti jugak....

Aku tawakkal ja lah nak bawak konvoi jalan dalam hujan. Dengan Nama Allah dan Surah Al-Ikhlas, aku memohon keselamatan dan semoga perjalanan kami dipermudahkan.

Sebaik saja kami bergerak keluaq dari D'Puncak Bris, hujan lebat turun. Semua orang basah lokoih. Aku berdoa semoga hujan lebat yang kami tempuhi ni tak lama. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan kami semua. Selepas 10km dan sebaik saja kami sampai di pekan Sik, hujan berenti. Kami cuma kena hujan selama 15 minit di sepanjang 10 km tersebut. Tapi... basah lencun aaa Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:47 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Lalu pekan Sik... maaakkk aiiihhhhh... byknya makanaaannnnn.... tapi, kami baru ja lepaih makan kat D'Puncak Bris. Takkan nak berenti lagi kot? Jalan terus....

Perjalanan kali ni masih lagi melalui hutan belantara. Ntah kenapa nak jadi rezeki, sekoq beruk hitam melintas tengah jalan. Tak salah aku, jenis2 ungka kot. Bukan jenis monyet yang suka berkeliaran kat taman bunga tuh Very Happy Very Happy Very Happy Ni jenis dalam hutan punya. First time jumpa natang ni lintas jalan. Selalu tengok dia ataih pokok ja.

Laluan ni lebih merbahaya lagi kerana kami dok turun bukit. Jalan masih berliku2 dan dipenuhi semak samun. Kemuncak kepada perjalanan ini adalah laluan turun bukit yang amat curam dan terus kona lipat kat ujung jalan. Sapa laju sikit konpom terbabas punya. Dia punya curam lebih kurang 10 darjah. Turun dalam 50m menjunam, terus kona L Shocked Shocked Shocked

Cerita byk2 pon bukan hangpa tau lagu mana... hanya yang pi saja dapat merasa Very Happy Very Happy Very Happy Amacam? Tak rasa rugi ka tak pi LTDL? heh Very Happy Very Happy Very Happy
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:52 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Laluan curam tu menandakan tamatnya perjalanan yang mengerikan dari Kuala Nerang sampai ke Baling. Kami melalui jalan kampung yang kecik dan dah tentu.. berliku2. Sesekali lembu/kambing orang kampung melintas. Aku bawak konvoi jalan slow ja untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Dalam 10km sebelum pekan Baling, kami melalui sebuah pekan kecil bernama Siong. Disinilah dikatakan siong Raja Bersiong jatuh setelah di baling. Maka, tempat Raja Bersiong membaling siongnya itu dinamakan Baling manakala tempat jatuhnya siong baginda dinamakan Siong. 10km? mmm... ntah... bole ker baling siong sejauh 10km? Sapa dah patah gigi try baling tengok berapa jauh gigi hangpa buleh pi Very Happy Very Happy Very Happy

"isssstttt... tak tahan dah niiii..."

prrrrrrrrrrrrssssssstttttttt...tap tap tap.... "aaahhhh... legaaaaa"

"Berapa jauh lagi nak sampai ni bang?"

"Lagi 10 kilo kita sampai la ke Baling. Ada stesen minyak. Kita refuel situ"

"Laaaa... naper tak cakap?"

"Dah ngko tu tak menyempat2. Sampai jer terus settle kat semak. Lenkali tanya dulu" Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 5:59 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Baling, 1620 ptg.... sampai ja kat Shell, masing2 dah berebut nak pi toilet. Ada yang terus refuel. Lapaq gila.... dari Sik tadi, kami basah dan kering dalam perjalanan. Dari kenyang, dah jadi lapaq balik. Kat sini berenti lama la jugak... minum, makan, refuel dan yang paling penting... toilet Very Happy Very Happy Very Happy

Azan Asar... kami sambung melepak lagi sampai lebih kurang pukoi 5. Paihtu sambung perjalanan. Perjalanan kali ni memulakan kembali episod ngeri jalan berbukit2 yang curam. Kami naik dan turun bukit macam main roller coster. Naik bukit cantik punya, langsung tak nampak depan. Sampai puncak bukit, turun baik punya. Siap ada lembu kambing dok melepak di kiri kanan jalan. Aku bawak konvoi jalan agak laju tapi berhati2....

"WOIH!~ Kogha!!~~"

hahahahaha!!!~~~ Aku rasa, ramai yang mengalami pengalaman pertama. Biasanya kita akan tengok lembu, kambing, kucing, anjing atau ayam itik melintas jalan. Tapi... di laluan yang menuju ke Lata Bkt Hijau, ada kura2 melintas jalan Laughing Laughing Laughing

haaaiiihhhh... Mukhsin... susahnya nak cerita kat orang yang tak pi Wink Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 6:06 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Lebih kurang 1730, kami tiba di Kampung Sedim. Memandangkan tadak kedai kat dalam utan, kami singgah untuk makan malam siap2 kat kedai di tepi jalan. Terkujat lagi kali ni....

Aku, wife aku, ID ngan sedi3 dok makan semeja. Kami order bihun goreng dan ada yang order mi goreng. Mi/bihun tu dia dah goreng siap ada teloq ngan ketul2 cucur udang. Kami tambah pulak teloq mata ghebau. Order ayaq sorang segelaih. Total semua 4 orang makan, RM14 Shocked Shocked Shocked Kalau ayaq segelaih RM1, takkan mi/bihun sepinggan RM2.50 kot? Kenapa? Tak percaya ka? Percayalah.....

Selesai makan sambil tengok video wrestling (kebiasaan orang kampung Laughing Laughing Laughing ) kami pon bersiap2 untuk masuk ke Treetop Walk Kg. Sedim. Dalam pukoi 1830 kami semua bertolak masuk ikut laluan dusun. Laluan amat sempit. Ngam2 untuk sebuah kereta lalu. Masa kami masuk, hari dah mulai gelap...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 6:12 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Treetop Walk Kg. Sedim. 1900 hours. Lepaih parking moto, kami buat meeting tergempar cam tiap2 petang Very Happy Very Happy Very Happy Semua decide utk tidoq chalet/dorm sbb nak tidoq sepuas2nya memandangkan esok nak jalan jauh balik ke KL.

Aku pon pi berjumpa ngan En. Din selaku petugas di situ. Tanya punya tanya, sembang punya sembang, rupa2nya tadak sapa menyewa kat situ hari tu. Semua dorm dan bilik kosong. Tanpa byk soal, masing2 kumpul RM20 satu kapla utk tidoq dorm. Aku ngan wife aku bayaq RM60 utk sewa bilik.

Lepaih check-in, semua tergolek Smile Smile Smile

Ntah cemana masa aku keluaq bilik, terperasan lampu2 kat seberang sungai. Nampak macam ada sebuah tempat perkelahan yang diterangi lampu.

"woi, ada spot light aaa... mandi sungai mau ka?"

Sepantas 0.03 saat iaitu 0.02 saat mengatasi maCx, semua mangkit kelam kabut capai tola nak pi terjun sungai memalam. Dengan semangat berkobar2, kami berjalan dalam gelap pi ke tempat yang diterangi cahaya.

Setibanya kami ke kawasan tersebut, aku selaku orang tempatan membuka bicara untuk mintak kebenaran mandi sungai kat situ. Brader yang dok basuh pinggan kat situ kata ok ja kalau nak mandi. Tapi, hati2 la sbb malam.

Elok2 kami sampai kat tebing sungai, sorang lagi brader tiba2 keluaq dari sebuah pondok dan menegur kami

"Hangpa nak mandi ka malam2 ni? Saya bukan tak bagi... tapi... camnih..." Beliau memulakan ceritanya sehingga larut malam. Apa cerita dia? Kena la pi LTDL... jenuh la aku nak ulang cerita abg Nasir tu Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 6:19 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3, 4  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com