Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
Ini adalah sebahagian produk yang abg telah buat semasa awal projek.
Dalam proses menggemukkan cowling moto, bukan sahaja bahagian tepi malah bahagian depan turun ditolak kedepan sikit dan kedudukan windscreen turut diangkat sedikit dari kedudukan asal.
Bahagian depan cowling ni belum dicantumkan lagi dengan cowling. Ia cuma diletakkan jer kat cowling ni sekadar utk bergambar. Sat lagi kita cantumkan yer adik2 _________________ Live Free, Ride Well
Inilah dia net mata punai yang menyertai operasi ketenteraan kita pada kali ini. Yang paling atas tu menolak windscreen kedepan. Yang baris kedua tu menjadi lengkungan depan manakala yang baris paling bawah tu adalah sisi kanan dan kiri cowling.
Sekarang ni, kita akan buat proses memotong lebihan fiberglass mengikut garisan yang telah ditandakan dan lekatkan bahagian depan cowling kepada cowling.
Kita jumpa lagi selepas ini _________________ Live Free, Ride Well
Selamat bertemu sekali dalam rancangan kerastangan bersama abg rimau
Kita sambung lagi dengan "menarah" lebihan fiber mengikut garisan yang telah ditandakan. Kalau bole kawal pergerakan tangan dengan baik, bole pakai grinder. Kalau agak2 tangan tak bedung, elok pakai kikir besi dan kertas pasir.
Selepas tarah mengikut garisan, kita cantumkan bahagian depan cowling ke cowling. Lekatkan pakai double sided tape
Pastu, fiberkan sebelah dalam
Biar kering dalam sejam dua. Bila dah siap, kita check setiap bahagian dan kena perbaiki semua kecacatan
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum