DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat May 18, 2024 12:01 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Enjin

Enjin semput: Apa kita nak buat?

  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Enjin semput: Apa kita nak buat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku percaya, ramai yang pernah kena termasuk aku. Berikut disampaikan apa yang kita patut buat sekiranya enjin semput.

1) Kenalpasti situasi semput berlaku
Ini penting utk kita simulasikan kejadian tersebut. Misalnya; semput pada setiap masa tak kira enjin sejuk atau panas ATAU semput cuma pada RPM/kelajuan tertentu ATAU kekadang semput kekadang tak dan bla bla bla...

2) Pastikan sambungan manifold masuk karburator dan keluar karburator takde bocor

Aku pernah kena semput pada kelajuan melebihi 100km/h atau RPM 5k keatas. Ini disebabkan sambungan manifold masuk ke karburator terkeluar sedikit menyebabkan terdapat ruang kosong antara air box dan karburator. Aku masukkan manifold elok2 ke karburator dan pastikan takde ruang terbuka pastu test balik. Masalah selesai

3) Pastikan spark plug mempunyai current yang kuat DAN STABIL

Kengkadang percikan api spark plug tidak kuat atau kejap kuat kejap tak. Langkah awal, kita ganti jer spark plug baru. Kalau tak selesai gak masalah, kita buat langkah seterusnya

4) Pastikan spark plug cap berfungsi dengan baik

Kalau dah ganti spak plug pon tak ok, boleh jadi spark plug cap dah tak elok disebabkan karat etc. Ganti spark plug cap baru. Kalau tak ok gak, ikuti langkah seterusnya

5) Pastikan spark plug coil berfungsi dengan baik

Kengkadang, kalau spark plug dah baru, spark plug cap pon baru, masalah bole berlaku lagi. Sebelum ganti spark plug coil yang harganya ratusan ringgit, cuba periksa wiring ke spark plug coil.

Dalam kes aku, aku cuma cuit sikit wire yang bersambung ke spark plug coil dan masalah selesai. Kengkadang, soket wayar tu dah karat. Bole jadi jugak wayar yang dah lama tu reput (moto baru takde problem ni). So, bila dah cuit2 sket, terus ok. Pasni aku nak ganti ler wayar tu dengan wayar yang baru.

Dalam kedua2 kes yang aku alami

a) Semput cuma pada kelajuan/RPM tertentu
b) Semput ketika enjin idle/RPM rendah

didapati kes (a) berpunca daripada sambungan manifold yang terkeluar sedikit dari karburator. Mungkin pada RPM rendah, angin yang masuk ke karburator adalah mencukupi. Tapi, pada kelajuan tinggi, angin yang disedut telah menjadi tidak cukup akibat rongga yang terdapat antara manifold dan karburator

kes (b) berpunca daripada wiring ke spark plug coil yang sudah reput. Ketika enjin idle/RPM rendah, moto terasa seolah2 nak mati enjin dan kalau lepas throttle semasa enjin idle, mmg enjin mati terus. Kalau tengah laju, mmg takde pape. Mungkin disebabkan momentum yang tinggi dari sebelah piston telah membolehkan piston sebelah lagi berfungsi dengan api yang sikit.

Mungkin orang lain bole sambung dengan teknik2/cara2 utk menyelesaikan masalah enjin semput bagi jenis moto lain. Walaupun teknik ni bole diaplikasikan oleh hampir semua jenis moto, namun orang lain mungkin mengalami masalah yang mempunyai simptom yang berbeza dan berpunca dari sumber yang berbeza.

Semoga kita bole menyelesaikan masalah kita pada bila2 masa dan dimana2 jua.
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 12, 2007 1:02 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Perkara2 yang kita terlepas pandang kalau berlaku semput

1) Petrol cock: Pastikan pada kedudukan ON

2) Petrol kotor: Guna sampai petrol abih, pastu pegi refuel kat stesen minyak lain

3) Saluran petrol terlipat: Angkat tank (jika perlu) dan betulkan saluran tersebut

4) Tangki karat: Karat dalam tangki bole menyumbat lubang petrol keluar. Takde cara lain melainkan cuci tangki dari sebarang kotoran

Sila tambah Smile
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Mon Mar 12, 2007 1:06 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
milo
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 92
Location: Utara

SIMPLE TIPS (semput hi-speed)
Enjin semput? Mari kita DIY dulu hehe Very Happy
( Enjin 4 silinder )

Diagnose :

1) Bawak moto atas hiway pada kelajuan 60km/h maintain RPM tinggi
(4000 ~ 6000 RPM)

2)
Cube denga bunyi moto anda dalam masa 15-30saat. Bunyi tu terus
menerus smooth atau tak?

3) Ade sangkut?

Solution :

1) Bila last anda tukar Spark Plug? Kalau dah 15,000 km tu cuba la buka
Spark Plug, check tgk, kotor atau tak.. kalau plug dah teruk,
tukar yg baru.

2) Pada plug, anda boleh ketahui samada pembakaran Rich (minyak lebih)
atau Lean (minyak kurang). Sila adjust karburetor anda supaya pembakaran
tepat..

Injection? Pasang Power Commander III USB utk adjust fuelling.

3) Jangan lupa! bandingkan keempat-empat plug anda tu.. kalau ada
yg tak sama.. bermakna ada pembakaran yg tak sama.

Sekadar cerita pengalam aku.. Ingatkan fuelling tak betul, rupanya
plug dah tak elok. Very Happy
_________________
~ rotary bike anyone? ~

Post Wed Jun 20, 2007 8:59 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
FunctionX



Joined: 19 Jan 2007
Posts: 9

lagi satu... elektrikal. Grounding... dari spark cable ke bateri ke junction box, pastikan sambungan betul dan takde wayar berserabai. Yg elektrikal ni sakit jiwa sket sebab kengkadang dia keluar tak menentu macam chipsmore... Evil or Very Mad

Post Thu Jun 21, 2007 2:56 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
^onleemie^



Joined: 21 Nov 2007
Posts: 13
Location: perak-kedah

err...

cemane nak tau enjin tuh semput ke tak? sama mcm asma ke?

--> budak br belajar~

Post Wed Nov 21, 2007 4:52 pm 
 View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger  Reply with quote  
castello



Joined: 23 Jan 2007
Posts: 6
Location: Putrajaya

tambah satu lagik...

aku pakai open air filter racing type...bila ujan semput pasal air masok...hehe

Post Wed Nov 21, 2007 10:52 pm 
 View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger  Reply with quote  
racingzonne



Joined: 04 Feb 2007
Posts: 15
Location: seberang perai, penang

quote:
Originally posted by ^onleemie^:
err...

cemane nak tau enjin tuh semput ke tak? sama mcm asma ke?

--> budak br belajar~


banyak... ader yang bila ko pulas cecepat throttle tu dia jd macam sebu... macam makin berat nak blah.. ader yang macam tersedak2

Post Fri Jan 11, 2008 3:03 pm 
 View user's profile Send private message Send e-mail  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  


Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com