DIY Motosikal Forum Index
  The time now is Sat Jun 29, 2024 3:07 pm   
Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.

DIY Motosikal Forum Index -> Laporan aktiviti

Laporan : LTDL 2007 - Day 2 :: Ahad, 29 April, 2007
Goto page 1, 2, 3, 4  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490
Laporan : LTDL 2007 - Day 2 :: Ahad, 29 April, 2007

Semua orang bangun selepas pukul 7 pagi a.k.a terbabas Subuh Razz Ingatkan masing2 nak terjun sungai. Rupa2nya duduk bersila mandi air pancur hujan dalam bilik ayaq. Ayaq sejuuukkkkk... aku rasa, depa mmg amek ayaq bukit salurkan kat situ. Dalam bilik tu tak bukak kipaih pon sejuk. Mmg syok dok Titi Hayun.

Kami keluaq pi cari makan kat dewan makan chalet. Rupa2nya, dewan makan tu cuma menyediakan makanan untuk tempahan saja. So, ada la belen2 makanan yang depa buat untuk peserta kursus. Yang tu la yang kami dapat beli pon. Lain2 tarak.... Gerai2 juai makanan kat bawah tak bukak lagi awai pagi camnih.

Siap2 dan packing, kami keluaq ke Yan untuk cari makan kat gerai. Kami keluaq dari chalet pon dah lewat, dalam pukoi 10 lebih. Dekat2 pukoi 11 baru sampai kat gerai makan area Yan. Semua kuih muih dah abih... tinggai belen2 yang orang lain dah beli. Apa buleh buat? Lapaq punya pasai, hantam sajalaaa....
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 11:22 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Hujan.... masa tgh2 breakfast tu, ujan turun dengan lebat. Lebat selebat2nya. Kami melepak dulu lam kedai makan sambil minum ayaq kat situ. Lama jugak ujan turun. Lebih dari sejam kami melepak situ. Dalam pukoi 12 lebih, hujan berenti. Masing2 pi toilet untuk meredakan keadaan Very Happy Very Happy Very Happy Bagi yang first time merasa toilet kampung mesti ada pengalaman istimewa Very Happy Very Happy Very Happy Lantai tadak marbel. Simen bodo ja Laughing Nasib baik tak kena cedok ayaq telaga. Jamban pon sekali. Kalau kena jamban yang asing, jenuh kena cebok ayaq boh lam timba usung pi keluaq Wink

Dekat2 pukoi 1300 tghari, kami bertolak menuju Kola Kedah. Aku tengok side mirror utk cari view cantik pemandangan G. Jerai. Sampai kat satu tempat yang sesuai, kami berenti utk amek gambaq. Gambaq tepi bendang berlatarbelakangkan G. Jerai mmg best. Dari jauh dapat tengok sekurang2nya 4 ayaq terjun dengan 1 ayaq terjun besaq iaitu Seri Perigi. Aku dah ajak hangpa pi sana ptg tuuu... hangpa takmaaaauuu... haaa... la sapa yang rugi? hahahahaha!!~~~
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 11:28 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

"Ada eksiden ka?" tanya polis lam keta peronda.

"Tak.. kami ambil gambar" jawab polis angkasa gaban dengan baju karate yang dipakainya. Polis peronda malas nak tanya lebih2 takut kena karate. Depa terus blah. Paihtu pusing balik kat depan, lalu kat kami sambil senyum2. Kami angkat tangan sambil senyum balik Smile Terima kasih atas keprihatinan pak polisi. Sekurang2nya, kalau betul2 ada eksiden, depa buleh membantu apa yang patut.

Azan Zohor... kami bertolak menuju Kota Kola Kedah. Ujan renyai2 dan kadang2 agak kasar. Cuma takla lebat gila sampai tak nampak jalan. Basah la jugak... kasut aku pon dah jadi akuria KLCC.

Kalau dato' sedi3 kecewa sbb tak dapat lalu Lahaq Yooi, doktor maCx pulak tak dapat pi Kota Sarang Semut. Namun... kalau dato' sedi3 terubat kekecewaan setelah melalui Lahar Ikan Mati, Lahar Kepar dan Permatang 2 Ringgit, doktor maCx pulak berjaya amek gambaq depan sign board menuju Kota Sarang Semut Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

"Bang, ada eksiden ka?"

"Dak aih, kami ambik gambaq ja" Laughing Laughing Laughing Sorang lagi warga Kedah yang prihatin. Dari laluan bertentangan beliau sanggup masuk ke laluan kami semata2 utk bertanya khabar. Alhamdulillah, semua baik2 saja. Dia pon blah sambil tersengih Laughing Laughing Laughing

Orang Kedah mmg ramah. Sampai ada yang jatuh cinta kat Bkt Wang Laughing Laughing Laughing Apa cerita Bkt Wang? Kita tunggu mlm nanti Wink
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 11:37 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Sambung jalan lagi... ujan masih renyai2. Cuaca lembab di laluan paling panas dalam negeri Kedah. Alhamdulillah hujan turun. Kalau tidak, mesti ramai yang tak tahan panas kat jalan tu.

Jalan Yan - Kuala Kedah merupakan laluan yang memperlihatkan kehijauan sawah bendang seluas saujana mata memandang. Di sebelah kiri adalah bendang yang terletak di pinggir laut manakala disebelah kanan adalah hamparan hijau yang merentasi hampir separuh negeri Kedah hingga melalui jalan utama Sg. Petani - Alor Star dan juga PLUS hi-way. Seterusnya dibatasi bukit bukau yang akan dilalui pada hari ke3 nanti.

Rasa2nya... ramai dah tahu kenapa Kedah dinamakan Negeri Jelapang Padi... walaupun ada byk bendang di negeri2 lain, tapi di negeri Kedah, ia hampir seluas negeri Kedah itu sendiri Smile

Lebih kurang pukoi 1430, kami pon sampai kat Kota Kola Kedah...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 11:45 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Amek gambaq Very Happy Very Happy Very Happy Kota Kuala Kedah yang menyimpan pelbagai cerita dari lipatan sejarah telah diceritakan semula oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Selain daripada kisah sejarah, beliau turut menceritakan pengalaman beliau bertugas di situ.

"Kat situ telaga tempat ada byk kepala orang. Depa dah tutup. Tak bagi orang tengok. Malam2 saya selalu nampak orang tadak kepala berjalan2. Ada yang tak tahan. Saya dah selalu nampak. Dah jadi biasa..."

Beliau terus menyambung kisah sejarah mengenai meriam Katak Puru dan Badak Berendam. Cerita yang tak syok kalau diceritakan semula oleh aku. Kena dengaq secara langsung dan lisan dari pengawal keselamatan tu sendiri Smile Amacam? Tak rasa rugi ka tak ikut LTDL? hahahahahahaha!!!~~

Pukoi 3 lebih. Kak aku dah SMS tanya bila nak pi makan. Lauk pauk semua dah sejuk. Tak lama lepaih tu, kami pon pi umah kak aku. hangNabil, naza ngan Qwerty tiba2 muncul ntah dari mana. Nasib baik ada kepala Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 11:53 am 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Lebih kurang 4 ptg baru lunch. Kat umah kak aku, aku memperkenalkan makanan eksotik bagi orang yang tak pernah tengok makanan nih tapi ia cuma makanan biasa bagi orang Kuala Kedah.

Udang lipan Smile Bukan dinamakan sempena lipanz tapi kerana bentuknya yang seperti lipan manakala kepalanya seperti mentadak mentadu. Siap ada dua kaki depan sebijik macam mentadak jugak. Ala2 kung fu Very Happy Very Happy Very Happy

Sedap? mmg sedap... tapi, kena siksa dulu sebelum dapat makan. Duri penuh sepanjang badan sampai ekoq. Kena tau teknik tertentu baru dapat makan. Lepaih puaih gelak tengok depa terkial2 bukak kulit udang lipan, aku pon tunjuk cara bukak yang betoi. "Baru laju nak makan" kata trunksz selepas bertukar menjadi orang Super Saiya untuk menahan rasa sakit tercucuk duri udang lipan.

Masa? Toksah cerita.... dah la lewat bertolak dari Yan. Sampai kat Kota Kola Kedah, ralit pulak sampai sejam kat situ. Dah la mmg lambat, satu hal pulak nak makan udang lipan. Lagi laaaa bertambah lambat...

Bincang punya bincang, terpaksa kensel lawatan ke bandar Aloq Staq. Ada kekecewaan terpancar dari wajah riders yang nak membeli buah tangan dan shopping. Mintak maaf tuan2 semua... kita terhalang oleh cuaca, cerita sejarah dan jugak duri udang lipan...

Kata putus dicapai. Kami akan terus menuju Bkt Wang. Tempat tidoq hari kedua yang penuh cabaran....
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 12:00 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Lebih kurang pukoi 6 kami bertolak keluaq dari umah kak aku. Paihtu singgah sat kat kedai moto utk cari bbrp aksesori dan spare part. Setengah jam kemudian, kami sambung jalan dan singgah di Petronas yang bertentangan dengan stesen bas Shahab Perdana utk refuel.

Kat situ kami shopping barang2 utk supper. Kat Bkt Wang mmg tadak kedai. Tempat tu terletak dalam 10km dari bandar Jitra. Kedai terdekat pon cuma kedai dalam kampung yang terletak 2-3km dari tapak khemah.

Lebih kurang pukoi 7, kami bertolak menuju Bkt. Wang. Ujan dah berenti sejak kami melepak kat umah kak aku tadi. Perjalanan ke Bkt Wang cukup lancar. Pemandangan bertambah menarik setelah melalui kawasan Anak Bukit dimana terdapatnya Kediaman Menteri Besar dan Istana Anak Bukit. Namun terdapat daya tarikan lain yang mengalih penglihatan kearah lain...

Budak2 sekolah menengah sedang keluar sekolah. Ada yang melintas jalan dan ada yang sedang menunggu di tepi/tengah jalan. Pandangan dato' sedi3 beralih ke tengah jalan... jauh melencong dari kamera adioz88 yang sedang menunggu di tepi jalan Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 12:06 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Bkt Wang, 1930. Maghrib menjelang tiba. Dengan itu, kami terbabas solat Zuhur dan Asar Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad

Cuaca semakin gelap dan hujan mula turun renyai2. Masing2 kelam kabut nak pasang khemah. Khemah aku yang last sekali pasang selepas orang lain semua dah siap.

"oi, khemah aku basah!~" pahlawan Super Saiya bertukar menjadi orang Super Saiya setelah mengetahui khemahnya basah. Rupa2nya tapak khemah beliau dibuat dari kain. Sila kasihan diri...

"oi, kunci khemah aku jem!~" sorang lagi.... ID pulak menghadapi masalah nak tutup pintu khemah. trunksz terus membantu dengan ikhlas. Akan tetapi... zip khemah ID tak mampu menahan kekuatan pahlawan Super Saiya. Zip tersebut patah dan terus menafikan usaha untuk menutup pintu khemah ID

Macam2 cerita Laughing Laughing Laughing Last2, khemah trunksz jadi khemah utiliti. Tempat menyimpan barang sbb lantai dah basah, takleh tidoq lagi. Khemah ID ngan abg rozai letak bawah bumbung pejabat perhutanan sbb khemah depa single layer. Khemah aku kat luaq dengan selambanya. Semua ok, Alhamdulillah...

Sang senja pon melabuhkan tirainya dan malam pon menutupi hari Ahad dengan sedikit hujan renyai...
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 12:13 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

"woi, hangpa tak lapaq ka?"

Syukur ada gerai yang bukak. Aku ingatkan semua gerai kat Bkt Wang tutup. Rupa2nya ada sebuah yang bukak. "Kami mmg tidoq sini kalau ujung minggu ngan cuti umum" kata awek kiut yang jaga kedai tu semasa kami sampai ptg tadi.

Dalam kesamaran lampu tandas dan lampu gerai, kami berjalan dalam hujan renyai menuju gerai. Cuak jugak aku... betoi ka orang? Ataaauuu.... ahh... Dengan Nama Allah, pasrah saja la Laughing Laughing Laughing

Aku mintak ayaq hangat, nak buat kopi tongkat ali. Kopi rasmi setiap kali minum Very Happy Very Happy Very Happy Yang lain2 order macam2 ayaq. Kami bersembang riang gumbira kat situ. Macam cerita keluaq. Yang menjadi mangsa, ID... orang yang tak pernah masuk hutan/kampung. Hutan Kampung lagi la dia tak pernah pi Laughing Laughing Laughing

ops... back in time sikit... pagi2 tadi masa kat Titi Hayun ada sorang single hard core rider mai dari KL dan join kami dari sana. Beliau ialah... abg besar schumi Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Jangan Angkat Talipon Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing

Manakala doktor maCx pulak telah balik ke Ipoh setelah makan kenyang kat umah kak aku ptg tadi. Begitu jugak hangNabil, naza dan Qwerty yang balik ke Penang lepaih makan.

Mlm tu... cuma tinggal aku ngan wife aku, abg. rozai, trunksz, sedi3, kamen, mior, ID ngan schumi. Kami bersembang sambil bergelak ketawa sampai larut malam.

"Dik, nak pesan barang bole tak? Nak mintak belikan pin" Laughing Laughing Laughing ID terfikirkan solution utk masalah khemah dia yang tak buleh tutup pintu tuh. Masa tu lah cinta berputik Laughing Laughing Laughing Laughing Apa cerita? Tanya ID sendiri Wink
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 12:22 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
harimaumalaya
Pomen D.I.Y


Joined: 18 Jan 2007
Posts: 1490

Dah kenyang... semua balik ke khemah nak tidoq. Tapi tak terus tidoq. Kami melepak depan khemah, bersembang. Tengah2 bersembang, dapat SMS misteri dari nombor yang tak dikenali....

Setelah berbalas SMS, dalam pukoi 0130, kami ternampak kelibat manusia berjalan masuk ke kawasan perkhemahan. Ingatkan 2, rupanya 3 orang. Lalu kat parking moto.... FLASH!!~~~

wuih!~ sapa tu? Depa amek gambaq moto kita laaa... "halo dato' harimau" WAH!!~~~ Saya hampir pengsan di toilet!!~~~ Rupa2nya dato' Norty serta isteri dan khangliang datang melawat kami Surprised Surprised Surprised

Terima kasih kerana sudi melawat. Sungguh tak sangka... lama betul tak jumpa dato' Norty, last2 berjumpa kat Bkt. Wang Smile Smile Smile Harap dapat lepak2 minum2 kat mana2 Smile Setelah bersembang2 dan berbincang sikit2 kisah lama dan isu2 berbangkit, dato' Norty serta isteri dan khangliang pulang ke Aloq Staq. Kami pulak, masuk khemah nak tidoq.

"Sapa nak pi toilet oi?" huh... ada lagi... pi toilet sat secara berjemaah. Kat Bkt. Wang tu gelap gelita. Tadak lampu kecuali cahaya lampu dari toilet yang terletak kira2 30m dari tempat kami berkhemah. Pulak tu, pihak jabatan perhutanan dah bagi amaran awal2 lagi

"Kalau nak camping, jgn buang sisa makanan dekat2 dengan khemah. Sini byk binatang buas. Kadang2 babi hutan datang cari makan"

Aku "memagar" kawasan perkhemahan sebelum tidoq. Sesekali aku terbangun dan memasang telinga utk memastikan keadaan persekitaran bebas dari sebarang bahaya. Akhir sekali, aku terbangun pukoi 0620. Malas nak tidoq balik, terus keluaq khemah. Ingatkan nak solat Subuh. Tapi... takdak tempat yang sesuai utk solat. Surau pulak jauh kedalam hutan berdekatan dengan chalet. Abih la solat 5 waktu utk hari itu.....

"Pak rimau, jom pi toilet" aik? Awal betoi budak nih bangun. ID keluaq khemah terus ajak pi toilet. "Tak tahan dah nih" hahahahahahahaa!!!~~

Sapa yang ikut LTDL, tau la cerita ID Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
_________________
Live Free, Ride Well




http://malayantiger.blogspot.com/

Post Thu May 03, 2007 12:33 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2, 3, 4  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 




Start Your Own Video Sharing Site

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com